Tuesday, April 3, 2012

PERBEZAAN AQIDAH AHLI SUNNAH DAN SYIAH


BIL
AHLI SUNNAH SYIAH
1
Al-Quran adalah terpelihara dan bebas daripada kekurangan mahupun penyelewengan. Al-Quran yang ada sekarang ada kekurangannya dan terseleweng.
2
Beriktiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan pada apa yang datang daripada Nabi SAW. Berpendapat penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan daripada apa yang telah diriwayatkan ahli al-bait dengan riwayat-riwayat yang mencela para sahabat dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya.
3
Al-Quran diturunkan sepenuhnya ke atas Rasulullah SAW, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya. Beriktiqad bahawa di sana ada mashaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi SAW dan dinamakan mashaf Fatimah.
4
Sunnah Nabi adalah apa saja yang datang daripada Nabi sama ada percakapan, perbuatan mahupun taqrir. Mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman Allah Taala dan Sabda Rasulullah SAW . Meriwayatkan daripada mereka sama seperti meriwayatkan hadith daripada Nabi kerana mereka juga maksum.
5
Syariat Islam adalah sempurna. Bahawa Rasulullah SAW menyampaikan sebahagian daripada Syariat sahaja sedangkan sebahagiannya disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali.
6
Menerima periwayatan sahabat r.a kerana mereka adil dan thiqah (dipercayai). Menolak periwayatan sahabat, mereka beriktiqad bahawa para sahabat semuanya menipu seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub.
7
Menerima semua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadith sahih yang lain. Tidak berpegang dengan kitab-kitab hadith Ahli Sunnah melainkan yang ada persamaan dengan aqidah pegangan mereka.
8
Berpegang dengan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak sebagai prinsip asas kepada Syariat Islam. Tidak percaya kepada Ijmak sama ada dari sahabat mahupun selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka.
9
Tiada yang maksum melainkan Rasulullah SAW, para anbia dan rasul-rasul terdahulu. Para Imam-imam adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip Imamah. Imam tidak akan terkena dosa sama ada sengaja atau tidak.
10
Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada para Nabi dan Rasul adalah satu bukti kebenaran. Mukjizat hanya untuk para imam, mereka mampu menghidupkan yang mati, menyembuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi.
11
Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan Allah SWT. Para imam mengetahui perkara-perkara ghaib, tidak terhijab daripada mereka ilmu-ilmu apa yang di langit, di bumi, di syurga dan neraka.

Berdasarkan perbezaan-perbezaan pegangan dan sumbernya antara Sunni dan Syiah, maka tiada jalan untuk mencapai perpaduan dan mempererat hubungan keduanya dengan menggunakan pendekatan aqidah ataupun sumber pegangan melainkan salah satu pihak meninggalkan sumber pegangan mereka dan mengiktirafkan sumber yang lain. Walaupun ada titik pertemuan antara kedua pihak, tetapi banyak perselisihan pada akar umbi yang mewujudkan jurang pemisah yang dalam dan jauh sejauh timur dan barat.

Dakwah ke arah perpaduan bermakna menimbus lubang dan mengecilkan jarak pemisah tersebut. Ini bermakna salah satu pihak melangkah masuk ke pihak yang lain dengan menerima aqidah dan prinsip pihak yang satu lagi. Pihak mana yang bakal memihak kepada pihak yang satu lagi untuk merealisasikan perpaduan dengan meninggalkan aqidah serta prinsip-prinsip dasarnya? Apakah hukum bagi mereka yang mendakwa bahawa Rasulullah SAW menyembunyikan sebahagian yang diturunkan kepadanya? Bagaimana boleh berlaku perpaduan pada permasalahan sahabat yang telah hidup sezaman dengan Rasulullah SAW, menyaksikan bersama turunnya Al-Quran kepada mereka dan dibacakan ke atas mereka. serta Allah SWT telah redha akan mereka, dijanjikan mereka dengan syurga, sedangkan satu pihak mencaci, memfitnah, mengkafirkan dan menjanjikan kepada mereka balasan neraka.

Bagaimana perpaduan akan terlaksana sekiranya umat tanpa ada imam yang memimpin mereka memperbaik urusan-urusan mereka disebabkan imam itu telah hilang selama 12 kurun, meninggalkan mereka dalam kesesatan serta tidak tentu hala tujuan menyebabkan segala urusan-urusan mereka sia-sia tanpa kewujudan imam di kalangan mereka. Adalah menjadi satu kewajipan kepada mereka yang mengangkat syiar perpaduan untuk benar-benar ikhlas pada dakwah mereka dan meninggalkan iktiqad yang terdahulu, serta memperkuat hubungan dengan jumhur muslimin ( majoriti umat Islam), membersihkan sumber-sumber maklumat yang terdahulu daripada kebathilan untuk kembali kepada yang hak dengan kebenaran.

0 komen:

Post a Comment

About Me

My Photo
slash
Makna Kebahgiaan. Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya. Yusuf al-Qardawi
View my complete profile

Makluman!!

Assalamualaikum..artikel-artikel di dalam blog ini bukan hasil tulisan saya semuanya. Ini adalah hasil koleksi saya dari buku, laman web orang lain, surat khabar dan sebagainya. Anda bebas untuk mengambil mana-mana artikel yang diperlukan. Terima Kasih.

Islamic Widget

Followers