Sunday, June 17, 2012

Syiah @ Rafidhah Dalam Hadis-Hadis Rasulullah s.a.w

Syiah @ Rafidhah Dalam Hadis-Hadis Rasulullah s.a.w

1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ibnu Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, hal 56)

2. Diriwayatkan dari Zaid Bin Ali Zainal Abidin iaitu cucunda kepada Saidina Hussein dan bapa saudara Ja'far as-Sadiq, bahawa ketika Syiah mengemukakan kepadanya syarat sokongan mereka terhadap beliau, iaitu "Jika engkau berlepas diri daripada Abu Bakar dan Omar maka kami akan menyokong engkau tetapi jika engkau tidak berlepas diri daripadanya maka kami akan menolak engkau". Mendengar syarat mereka itu, Imam Zaid lantas berkata "Allahu Akbar! Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepada Ali ra "Sesungguhnya akan muncul satu golongan yang mendakwa cinta kepada kami. Mereka akan mempunyai gelaran-gelaran yang dapat dikenali melaluinya. Apabila kamu menemui mereka, bunuhlah mereka kerana mereka itu sebenarnya musyrikun" Kemudian Imam Zaid berkata "Pergilah kamu, kamu golongan Rafidhah (golongan yang dimaksudkan oleh Nabi kepada Saidina Ali dalam sabdanya itu)". (Nasywan al-Himyari, al-Huuru al-Ain, hal. 185)

3. Ali bin Abi Talib berkata "Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dipanggil Rafidhah. Mereka menolak Islam" (Ahmad, al-Musnad, j.1, hal.103)

4. Imam az-Zahabi telah mengemukakan satu riwayat daripada Saidina Ali sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Hajar al-Haithami bahawa Saidina Ali berkata Rasulullah saw bersabda "Akan muncul didalam umatku di akhir zaman nanti satu golongan yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam". Imam ad-Daraqutni mengemukakan hadis ini dengan sedikit tambahan iaitu Rasulullah saw berkata kepada Ali "Sekiranya kamu menemui mereka hendaklah kamu bunuh mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun. Ali berkata "Aku bertanya Rasulullah saw "Apakah tanda yang ada pada mereka? Baginda bersabda "Mereka terlalu memuji-muji engkau dengan sesuatu yang tidak ada pada engkau dan mereka memburuk-burukkan para Sahabat" (Imam Ibnu Hajar al-Haithami, as-Sawa'iqu al-Muhriqah, hal 102)

5. Imam al-Bukhari juga mengemukakan hadis ini didalam kitabnya yang bernama "at-Tarikhu al-kabir" dibawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz "Akan muncul satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama" (al-Bukhari, at-Tarikhu al-Kabir, j.1, hal 279-280). Syeikh Ahmad Muhammad Syakir membuat komentar selepas mengemukakan riwayat yang disebutkan oleh Bukhari tadi begini "Agaknya Bukhari tidak memandang hadis ini daif kerana beliau tidak mencacatkan seorangpun dari perawi-perawinya.

6. Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi saw bersabda "Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca al-Quran tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ali al-Muttaqi, Kanzu al-Ummal, j.11 hal 324). Selain dari hadis ini, Ali al-Muttaqi telah mengemukakan 13 hadis yang lain berhubung dengan Rafidhah didalam kitab beliau yang tersebut dibawah tajuk "ar-Rafidhah Qabbabahum Allah" (Golongan Rafidhah-Semoga mereka dimurkai Allah)

7. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Pernah aku berada disamping Nabi saw bersamanya ada Ali. Nabi saw bersabda (kepada Ali)"Wahai Ali! Nanti akan muncul didalam umatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Hafiz Nuruddin Ali bin Abu Bakr al-Haithami, Majma'u az-Zawaid wa Manba'u al-Fawaid, j.10 hal 22)

8. Hafiz Ibnu Hajar dalam "Ta'jilu al-Manfa'ah"(hal 14) juga mengemukaan hadis di atas dan beliau tidak menyebutkan sebarang kecacatan didalam sanad hadis tersebut (lihat Ta'liq dan Syarah al-Musnad oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, j.2 hal 806)

9. Imam ad-Daraqutni, Ibnu hajar al-haithami dan Imam Ibnu Taimiyyah juga telah mengemukakan hadis diatas dengan sedikit perbezaan pada lafaznya. Untuk itu lihat "as-Sawaa'iqu al-Muhriqah (hal 102) dan "as-Sharimu al-Maslul (hal 582-583)

Sumber : Syiah Rafidhah Diantara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah oleh Muhammad Asri Yusof halaman 36-39
Sunday, June 10, 2012

Kemunculan 70,000 Pengikut Dajjal dari Iran

Banyak hadis-hadis nabi yang menceritakan tentang kedatangan Dajjal di akhir zaman.Antaranya ialah :


1. Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."- Hadis riwayat Muslim.


2. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." – Hadis riwayat al-Tirmizi.


3. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"].


4. Nabi bersabda “ Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan(Nan),mereka memakai Al-Tayalisah”.Hadis riwayat muslim.

Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.


Persoalannya kini,bilakah dajjal akan muncul ? adakah agak keterlaluan jika saya katakan dajjal sebenarnya telah lama muncul dan 70,000 pengikutnya telah dizahirkan oleh Allah baru-baru ini,namun ramai yang belum menyedari hakikat ini.

Marilah kita hayati hadis-hadis nabi diatas dan percaya sungguh-sungguh bahawa apa yang dikatakan Rasulullah itu benar-benar akan berlaku! 70 ribu pengikut dajjal akan muncul di Iran dari kalangan penduduk Isfahan(nan) .Mereka memakai Al-Tayalisah.

Mengikut pandangan beberapa ulama ,Al-Tayalisah ialah sejenis pakaian atau jubah kebesaran ulama yahudi.Jubah ini susah ditemui kini kerana dipakai oleh kelompok ahli agama sahaja.Oleh itu saya berpendapat Al-Tayalisah ini mungkin dipakai oleh ulamak Iran yang berfahaman Syiah.


Untuk menyatakan kebenaran kata-kata Rasulullah itu,marilah kita ikuti perkembangan terbaru perang konspirasi Dajjal yang masih berterusan hingga kini.


Pada 28.12.2008,iaitu selepas 1 hari tentera zionis menyerang Palestin ,Ulama syiah,Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang turut serta dalam perang di palestin menentang Israel dan terkonban,akan dikira mati syahid.Oleh itu telah dilaporkan 70,000 warga Iran ,yang majoritinya belia telah mendaftarkan diri secara sukarela untuk berjuang bersama hamas dibumi Palestin hanya dalam masa seminggu.


Walau bagaimanapun ,seminggu selepas itu Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan kenyataan yang cukup berbeza dari sebelumnya iaitu penghantaran briged sukarela pejuang jihad ditangguhkan dan tidak perlu buat masa ini kerana kononnya terdapat tanda-tanda Israel/zionis sedang memasang perangkap untuk mengheret Iran dalam kancah perang terbaru.


Anda boleh membaca artikel asal tentang pendaftaran 70 ribu orang warga iran di sini : Klik Sini


Apapun pendapat ulamak syiah itu,kebenaran kata-kata Rasulullah sejak 1430 tahun lepas telah terbukti dengan penzahiran 70 ribu warga Iran untuk berjuang itu! Apakah matlamat dan strategi zionis/Israel itu hanya Allah SWT saja yang tahu.


Mungkinkah mereka sekarang sedang menunggu kehadiran sebenar dajjal atau Messiah Dajjal(Mahdi Syiah)untuk diikuti,bukan untuk melawan zionis/Israel tetapi sebaliknya untuk menyerang dan menghapuskan orang islam yang beraliran Ahli-sunnah wal jamaah dan seluruh keturunan dan cucu cicit nabi.Sekarang inipun mereka amat membenci golongan sunni padahal golongan sunni tidaklah begitu membenci dan berdendam dengan mereka.


Perbezaan Sunni dan Syiah umpama langit dan bumi,malah mengikut seorang ulamak Syiah bernama Sayyid Nikmatullah al-Jazairi dalam kitabnya, berkata :
"Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan AHLI SUNNAH tentang ALLAH, NABI dan IMAM kerana mereka mengatakan: Tuhan kami adalah yang Nabinya Muhammad dan khalifah setelahnya Abu Bakar, dan kami AL-RAFIDHAH tidak beriman pada Tuhan itu dan Nabi-Nya, kerana Tuhan yang Nabi-Nya Muhammad dan khalifah setelahnya adalah Abu Bakar bukanlah TUHAN kami."
[Ruj ukan : Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s: 278, Bab Nur fi Haqiqah al-Anwar ]


Oleh itu,pembunuhan Saddam yang berfahaman Sunni juga mungkin dirancang oleh yahudi-zionis bersama dajjal.Ini adalah kerana Saddam adalah di antara pemimpin islam dunia,yang walaupun dianggap zalim amat tegas memerangi zionis di Palestin.Dajjal yang muncul di Iran inilah juga yang membantu yahudi-zionis mengalahkan Taleban di Afghanistan dan rejim Saddam di Iraq.


Disini saya petik kata-kata beberapa pemimpin utama Iran untuk renungan bersama.
Kata Ali Hashemi Rafsanjani,semasa khutbah jumaat di Universiti Tehran pada 8.2.2002 dahulu berbunyi : " Tentera Iran telah memerangi TALEBAN, dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALEBAN, Amerika telah tenggelam di bumi AFGHANISTAN".



Katanya lagi"... seharusnya Amerika mengetahui, jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan TALEBAN!"


Sementara pemimpin lain Iran iaitu Muhammad Ali Abtahi ,bekas Naib Presiden Iran kepada Presiden Mohamad Khatami ,pada Ucapan perasmian penutup seminar Teluk : Cabaran Dan Masa Depan di UAE pada 15.1.2004 berkata :

“Jika tidak kerana orang-orang Iran, KABUL dan BAGHDAD tidak akan jatuh

(ke tangan Amerika) dengan mudah!



Sekarang ini pelan jangka panjang yang dirancang oleh zionis sedang berjalan lancar.Segala tipu helah dan gerak catur perang semuanya mengikut arahan Dajjal yang mengambil kira nasihat Iblis,iaitu makhluk yang derhaka kepada Allah sejak zaman nabi Adam hingga kiamat yang panjang umurnya,bijak IQ dan EQnya.


Hanya mereka yang kuat iman dan takwa serta kental semangat perjuangannya mampu mengalahkan mereka.


Oleh itu berhati hatilah dengan Iran dan berwaspada lah dengan aliran syiah yang amat bercanggah dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah.


Siapakah Messiah Yahudi atau Dajjal menurut kitab-kitab syiah?Apakah bezanya Imam Mahdi mengikut aliran Sunnah wal jamaah dengan Messiah Yahudi(imam ke-12) golongan syiah?


Saya petik kesimpulan menarik yang dibuat oleh penulis ini dari bahagian akhir tulisannya iaitu :


Cuba anda renungkan ketika blok Syiah sudah lebih 70% menguasai dunia Arab di rantau Timur Tengah, apa perlu Iran dan Syria bekerjasama dengan Amerika di Iraq di atas alasan keselamatan dan keamanan Iraq? bagi berhadapan dengan pejuang Sunnah (AL-QAEDA. Kerjasama itu sebenarnya melanjutkan hubungan mereka disebalik tabir sebelum ini. Penulis tidak hairan kerana bagi yang pro syiah tidak hairan mereka telah menyesatkan al-Qaeda di Iraq hari ini dengan pelbagai tuduhan nista. Cuba kita renungkan dengan penguasaan Syiah di rantau Timur Tengah apa perlu Hizbullah dan Syiria kini berdamai dengan Israel dan Hizbullah menyerahkan mayat dua askar Israel kepada Israel baru-baru ini. Hizbullah yang menang kenapa berdamai pula? Hakikat yang jelas Hizbullah kini minat menumbangkan Lubnan berbanding Palestin. Saya yang sentiasa mengikuti perkembangan sejarah dunia Timur Tengah tidak pernah meminggirkan faktor asas dalam mengkaji tindakan-tindakan mereka... Hakikatnya Syiah lebih mementingkan empayar Parsi berbanding kemerdekaan Palestin dan pembebasan Iraq dan Afghanistan. Dan perlulah diketahui musuh utama mereka ialah Sunnah..

Apa beza Syiah dan Yahudi ? Tiada beza berdasarkan riwayat-riwayat mereka mengenai Mahdi dan Dajjal. Lihatlah persamaan antara keduanya.. Syiah ini berasal dari agama Yahudi malah pengasas Syiah ialah Yahudi Ibn Saba', malah dari segi keturunan kata al-Mas'udi sejarawan Syiah zaman awal bahawa orang-orang Parsi (Syiah Iran, Afghanistan, India) adalah berasal dari anak-anak Ishak bin Ibrahim a.s sementara orang-orang Yahudi ialah anak-anak Israel (Nabi Ya'qub a.s) bin Ishak bin Ibrahim a.s, cukuplah latar belakang sejarah Isfahan dan Hamdan juga Cyrus, Mordechai dan Esther bagi menggambarkan keakraban kaum Parsi dengan Yahudi dalam sejarah mereka yang lampau yang yang dibanggakan oleh pentadbiran Iran hari ini meskipun laungan palsu dan bohong isu Holocoust dan ingin melenyapkan negara Yahudi dari peta dunia.

About Me

My Photo
slash
Makna Kebahgiaan. Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya. Yusuf al-Qardawi
View my complete profile

Makluman!!

Assalamualaikum..artikel-artikel di dalam blog ini bukan hasil tulisan saya semuanya. Ini adalah hasil koleksi saya dari buku, laman web orang lain, surat khabar dan sebagainya. Anda bebas untuk mengambil mana-mana artikel yang diperlukan. Terima Kasih.

Islamic Widget

Followers