Syiah- Nabi-Nabi Dihukum Kerana Enggan Mengakui Walayah Ali A.S.

Terjemahan
Syi’ah: Nabi-Nabi Dihukum Kerana Enggan Mengakui Walayah Ali A.S.
Yang kelapan[2]: Abu Hamzah ath-Thumali meriwayatkan dengan katanya: “Abdullah bin ‘Umar masuk menemui Ali Zain al-‘Abidin a.s.[3] lalu berkata kepadanya: “Wahai anak kepada al-Husain! Engkaukah yang telah mengatakan bahawa Yunus bin Matta telah ditelan oleh ikan kerana walayah datukku telah dikemukakan kepadanya lalu dia enggan mengakuinya? Dia (Ali) pun menjawab: “Ya”. Dia (Ibnu Umar) berkata: “Tunjukkan kepadaku buktinya jika engkau benar”. ‘Ali pun menyuruh supaya ditutup matanya (Ibnu ‘Umar) dan mataku (perawi) dengan kain pembalut kemudian tidak lama kemudian dia memerintahkan supaya dibuka mata-mata kami. Tiba-tiba kami berada di tepian lautan yang bergelora ombaknya. Ibnu ‘Umar pun berkata: “Tuhanku! Nyawaku berada dalam genggamanmu. (Aku berserah kepada) Allah, (Aku berserah kepada) Allah terhadap jiwaku”. Kemudian ‘Ali a.s. pun berseru: “Wahai ikan (yang menelan Nabi Yunus)! Maka muncullah ikan tersebut dengan kepalanya mendongak keluar dari laut bagaikan gunung yang besar sambil berkata: “Ku sahut seruanmu, ku sahut seruanmu wahai wali Allah”. ‘Ali a.s. bertanya: “Siapakah engkau? Dia (ikan) pun menjawab: “Aku adalah ikan (yang menelan) Yunus. Tuan! Sesungguhnya tidaklah Allah mengutuskan mana-mana nabi daripada Adam sehingga datukmu Muhammad s.a.w. kecuali akan dibentangkan kepadanya walayah kamu Ahl al-Bait. Mana-mana nabi yang mengakuinya akan selamat dan terlepas dari sebarang hukuman. Sesiapa yang enggan dan ragu-ragu untuk mengakuinya akan dihukum sebagaimana musibah yang diterima oleh Adam, banjir yang dialami oleh Nuh, dilemparkan ke dalam api sebagaimana yang berlaku ke atas Ibrahim, dibuang ke dalam perigi seperti berlaku kepada Yusuf, diuji dengan bala kepada Ayyub, melakukan kesilapan seperti yang dilakukan oleh Daud sehingga Allah mengutuskan Yunus a.s. lalu Allah mewahyukan kepadanya dengan berfirman: “Wahai Yunus! Hendaklah kamu menerima walayah Amir al-Mukminin ‘Ali dan imam-imam ar-rasyidin daripada keturunannya”. Yunus pun menjawab: “Bagaimana aku akan menerima walayah orang yang tidak pernah aku melihat dan mengenalinya”. Dia pun pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah. Allah ta’ala lantas mewahyukan kepadaku (ikan) dengan firman-Nya: “Telanlah Yunus dan janganlah melemahkannya”. Dia berada di dalam perutku selama empat puluh hari mengelilingi beberapa lautan bersamaku dalam tiga kegelapan[4] dalam keadaan ia terus menyeru:
لاَّ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dari kalangan orang-orang yang menganiaya diri sendiri. Sesungguhnya aku telah menerima walayah ‘Ali bin Abi Talib dan imam-imam dari keturunannya a.s.”. Setelah ia beriman dengan walayah kamu tuhanku telah memerintahkanku supaya mencampakkannya ke tebing laut”. ‘Ali Zain al-Abidin a.s. pun berkata: “Kembalilah wahai ikan ke tempat tinggalmu”.
- Syi’ah beri’tiqad bahawa mengakui dan menerima walayah Ali bin Abi Talib r.a. dan anak cucunya adalah merupakan satu kewajipan kepada sekalian manusia termasuk kepada nabi-nabi.
- Syi’ah telah menghina nabi-nabi dengan mengatakan mereka telah dihukum oleh Allah ta’ala kerana semata-mata tidak menerima walayah ‘Ali bin Abi Talib dan anak cucunya.
- Syi’ah beri’itqad bahawa kedudukan nabi-nabi adalah lebih rendah daripada kedudukan anak cucu Nabi Muhammad s.a.w.
- Syi’ah mengatakan nabi-nabi telah melakukan perkara yang telah membatalkan keimanan mereka iaitu enggan menerima kepercayaan kepada imam-imam maksum dari kalangan anak cucu ‘Ali bin Abi Talib r.a.
- Iaitu kepercayaan bahawa ‘Ali dan anak cucunya adalah dua belas orang imam yang dilantik berdasarkan nas dari pihak Allah dan mereka adalah maksum terpelihara dari dosa kecil dan besar serta dari lupa dan lalai dan lain-lain mengikut sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Syi’ah.
- Pengarang mengemukakan beberapa bukti kebenaran dan kebesaran imam-imam Ahl al-Bait di sisi Syi’ah.
- Beliau ialah `Ali Zain al-`Abidin bin Husain (wafat 94 H) yang dianggap oleh Syi’ah sebagai imam maksum keempat mereka.
- Iaitu kegelapan laut, kegelapan malam dan kegelapan perut ikan.
Syiah: Sahabat-Sahabat Nabi s.a.w. Yang Utama Disiksa Di Dasar Neraka Yang Paling Bawah
TERJEMAHAN
Syi’ah Mengatakan Bahawa Sahabat-Sahabat Nabi s.a.w. Yang Utama Disiksa Di Dasar Neraka Yang Paling Bawah Dengan Siksaan Yang Paling Teruk.
Daripada Sulaim bin Qais al-Hilali katanya, bilamana Amir al-Mukminin a.s. (Ali) bertemu penduduk Basrah pada hari peperangan Jamal, dia pun menyeru Zubair: “Wahai Aba Abdillah! Keluarlah kepadaku”. Maka Zubair pun keluar dan bersamanya adalah Talhah lalu Ali berkata kepada keduanya: “Demi Allah, bukankah engkau berdua serta orang-orang yang berilmu dari kalangan keluarga Muhammad dan ‘Aaisyah binti Abi Bakr mengetahui bahawa setiap orang yang menyertai medan Jamal dilaknat melalui lidah Muhammad s.a.w. dan sesungguhnya telah rugi orang yang mengada-adakan dusta”. Mereka berdua menjawab: “Bagaimana kami akan dilaknat sedangkan kami adalah orang yang menyertai perang Badar dan penghuni Syurga”? Maka Ali a.s. berkata: “Kalaulah aku mengetahui bahawa sesungguhnya kamu adalah ahli syurga tentu sekali aku tidak menganggap halal untuk memerangi kamu”. Zubair pun berkata kepadanya: “Bukankah engkau telah mendengar hadith Sa’id bin ‘Amr bin Nufail dan ia telah meriwayatkan bahawa dia mendengar daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sepuluh orang daripada Quraisy berada di dalam syurga”? Ali a.s. berkata: “Aku mendengar Uthman meriwayatkan demikian pada masa pemerintahannya”. Zubair pun bertanya: “Apakah dia telah mengadakan dusta atas nama Rasulullah s.a.w.”? Ali a.s. pun berkata: “Aku tidak akan menceritakan kepadamu sesuatupun sehinggalah engkau menamakan mereka”. Zubair pun berkata: “Abu Bakr, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Abd ar-Rahman bin ‘Auf, Sa’ad bin Abi Waqqas, Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah dan Sa’id bin Amr bin Nufail”. Ali a.s. pun berkata kepadanya: “Engkau membilang Sembilan sahaja. Siapakah yang kesepuluh”? Zubair pun menjawab: “Engkaulah”. Ali a.s. berkata: “Sesungguhnya aku memang mengetahui bahawa aku adalah ahli syurga, adapun dakwaanmu kepada dirimu dan sahabat-sahabatmu maka aku termasuk dari kalangan orang yang mengingkarinya”. Zubair berkata kepadanya: “Apakah dia mengadakan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.? Ali a.s. berkata: “Aku tidak fikir ia adalah dusta. Tetapi demi Allah dengan keyakinan”. Ali a.s. berkata lagi: “Demi Allah! Sesungguhnya sebahagian daripada orang yang engkau sebutkan namanya tadi pasti berada di dalam peti yang terdapat di satu lembah di dalam penjara bawah tanah[1] yang terdapat di dasar neraka yang paling bawah. Di atas penjara itu terdapat batu besar yang mana bila Allah mahu memanaskan neraka Dia akan mengangkat batu besar itu”. Aku mendengar perkara demikian daripada Rasulullah s.a.w.. Jika tidak (jika aku tidak benar) Allah akan memenangkan engkau ke atasku dan akan menumpahkan darahku dengan dua tanganmu. Dan jika tidak (jika aku benar) Allah akan memenangkan aku ke atasmu dan pengikut-pengikutmu, menumpahkan darah-darah kamu melalui tanganku dan menyegerakan ruh-ruh kamu ke neraka. Zubair pun kembali kepada pengikut-pengikutnya dalam keadaan menangis”.[2]
Beberapa kesimpulan daripada riwayat di atas:
Al-Jabb juga bermakna telaga buruk.
Al-Ihtijaj Bab Ihtijaj Amir Al-Mukminin Ke Atas Zubair Bin Al-Awwam Dan Talhah Bin Ubaidillah jil. 1 hal. 162.
Syiah- Nabi Adam Dan Hawa A.S. Dikeluarkan Dari Syurga Kerana Dengki

Terjemahan
Syi’ah: Nabi Adam Dan Hawa A.S. Dikeluarkan Dari Syurga Kerana Dengki
As-Saduq meriwayatkan di dalam ‘Uyun al-Akhbar dengan sanadnya kepada al-Harawi katanya, saya berkata kepada ar-Ridha a.s[1].: “Wahai cucu Rasulullah s.a.w.! Ceritakan kepadaku tentang pokok yang buahnya dimakan oleh Adam dan Hawa. Bagaimana rupanya? Orang ramai berbeza cerita tentangnya. Ada yang menceritakan ianya adalah gandum. Yang lain pula menceritakan ia adalah anggur. Ada juga yang menceritakan ia adalah pokok dengki”. Beliau (ar-Ridha) menjawab: “Semuanya adalah benar”. Saya pun bertanya: “Apakah makna sama dalam keadaan ianya berbeza? Dia menjawab: “Wahai Aba as-Salt! Sesungguhnya pokok syurga (satu pokok) boleh menghasilkan beberapa jenis (buah). Terdapat pokok gandum dan padanya terdapat anggur dan ia tidak seperti pokok dunia. Sesungguhnya Adam a.s., bila ia telah dimuliakan oleh Allah ta’ala dengan malaikat-malaikat sujud kepadanya dan ia dimasukkan ke dalam syurga, maka terlintas di hatinya persoalan tentang apakah Allah menciptakan manusia yang lebih mulia darinya. Allah ta’ala mengetahui apa yang terlintas di hatinya. Allah menyerunya dengan berkata: “Angkat kepalamu wahai Adam! Pandanglah tiang arasy”. Adam pun mengangkat kepalanya lalu memandang tiang arasy. Maka ia mendapati tertulis padanya Tiada tuhan selain Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah. Ali bin Abi Talib adalah Amir al-Mukminin, isterinya Fatimah adalah penghulu perempuan sekalian alam dan Hasan dan Husain adalah penghulu sekalian pemuda ahli syurga. Adam pun berkata: “Siapakah mereka ini wahai tuhanku? Allah ‘azza wa jalla berfirman: “Mereka ini adalah dari keturunanmu dan mereka lebih baik darimu dan dari sekalian makhlukku. Kalau tidak kerana mereka aku tidak akan menciptakan engkau dan tidak menciptakan syurga, neraka, langit dan bumi. Janganlah engkau memandang mereka dengan pandangan kedengkian dan bercita-cita untuk mencapai kedudukan mereka”. Lalu Adam memandang mereka dengan penuh kedengkian dan menginginkan kedudukan mereka. Maka syaitan dapat menguasainya (Adam) sehingga ia makan daripada pokok yang dilarang. Syaitan juga dapat menguasai Hawa kerana ia memandang Fatimah dengan penuh kedengkian sehingga ia juga memakan buah daripada pokok tersebut sebagaimana Adam. Kerana itu Allah mengeluarkan kedua-duanya daripada syurga dan mencampakkan kedua-duanya ke bumi”.
(Rujukan: Sayyid Ni’mat Allah al-Musawi al-Jazairi al-Anwar an-Nu’maniyyah jil. 1 hal. 243,244)
Kesimpulan:
- Syi’ah mengatakan punca yang membawa kepada tersingkirnya Adam dan Hawa a.s. daripada syurga ialah makan daripada pokok larangan. Sebab kedua-duanya makan daripadanya ialah dikuasai oleh syaitan dan penguasaan tersebut adalah disebabkan oleh dengki mereka berdua terhadap Nabi s.a.w. dan anak cucu baginda.
- Syi’ah mengatakan Nabi Muhammad s.a.w., Ali, Fatimah, Hasan dan Husain r.a. adalah merupakan sebab kepada penciptaan Adam a.s., dunia, syurga dan neraka.
- Syi’ah beri’itqad bahawa kedudukan nabi-nabi adalah lebih rendah daripada kedudukan anak cucu Nabi Muhammad s.a.w.
- Syi’ah beri’tiqad bahawa Nabi Adam a.s. walaupun ia seorang nabi tetap tidak terlepas daripada sifat yang buruk iaitu dengki yang merupakan salah satu penyakit hati yang sangat keji.
About Me
- slash
- Makna Kebahgiaan. Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya. Yusuf al-Qardawi