Showing posts with label Mengenali musuh Islam. Show all posts
Showing posts with label Mengenali musuh Islam. Show all posts
Thursday, April 5, 2012

Taqiyah: Amalan Kaum Syi'ah


Taqiyah menurut kaum Muslimin adalah suatu istilah yang maksudnya hanya terarah kepada satu erti  iaitu “Dusta”. Adapun menurut Syi’ah ‘taqiyah’ bermaksud  perbuatan seseorang yang menampakkan sesuatu berbeza dengan apa yang ada dalam hatinya, ertinya nifaq dan menipu dalam usaha mengelabui manusia. Taqiyah adalah satu prinsip dari prinsip-prinsip kesesatan mereka. Taqiyah memiliki kedudukan yang luar biasa, mereka telah menempatkannya dalam tempat yang agung dan istimewa, hingga mereka menjadikannya sebagai asas dalam agama mereka, dengan taqiyah seorang hamba akan mendapatkan pahala dan ihsan dari Allah.

Taqiyah adalah satu rukun dari rukun-rukun agama mereka, seperti halnya solat. Ibnu Babawaih mengatakan:“Keyakinan kami tentang taqiyah itu adalah dia itu wajib. Barangsiapa meninggalkannya maka sama dengan meninggalkan solat.” [Al-I’tiqadat, hal.114].

Mereka menisbahkan kepada imam keenam Ja’far Ash-Shadiq, dia berkata: “Seandainya saya mengatakan bahawa yang meninggalkan taqiyah sama dengan yang meninggalkan solat tentu saya benar.” [Al-I’tiqadad, hal.114]
Sebagaimana mereka katakan juga bahawa: “Daulah az-Zalimin” mereka menegaskan, “Taqiyah adalah fardhu yang diwajibkan kepada kami dalam negara orang-orang yang zalim. Kerana itu barangsiapa meninggalkan taqiyah maka sungguh dia telah menyalahi agama imamiyah dan telah berpisah dengannya.” [Bihar op. cit. 57/421]

Mereka menipu kaum muslimin  kerana mengikuti hawa nafsu iblis mereka, sekaligus mempropaganda kesesatan mereka. Mereka menganggap bahawa taqiyah lebih tinggi kedudukannya dibandingkan keimanan seseorang.
‘Imam Bukhari’ mereka, iaitu Muhammad Al-Kulaini berkata: “Bertaqwalah kamu kepada Allah 'Azza wa Jalla dalam agama kamu dan lindungilah agama kamu dengan taqiyah, maka sesungguhnya tidaklah mempunyai keimanan orang yang tidak bertaqiyah. Dia juga mengatakan “Siapa yang menyebarkan rahsia bermakna ia ragu dan siapa yang mengatakan kepada selain keluarganya bermakna  kafir.” .”[Al-Kafi S 2/371,372 & 218].

Dan demikianlah firqah Syi’ah menjadikan taqiyah, sebagai tiang agama dan menjadikannya sebagai salah satu simbol agama. Keyakinan akan kewajiban bertaqiyah menyebabkan mereka boleh  berbohong. Sehingga perbuatan ini menjadi “trade mark” atau simbol Syi’ah. Umpamanya ada yang mengatakan, “Dia itu lebih pembohong dari orang rafidhah” [Tahqiq Mawaqif al-Sahabah fi al-Fitnah].

Kata mereka dalil bolehnya taqiyah ialah Firman Allah 'Azza wa Jalla, maksudnya:

“Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (kekasih, penolong, pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Barangsiapa berbuat demikian nescaya, lepaslah ia dari pertolongon Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka.” [Ali Imran: 28].
Ini adalah istidlal (pengambilan dalil) yang salah, menyalahi pengertian ayat yang jelas yang tidak menerima ta’wil semacam di atas; ‘memelihara diri’ yang dimaksud dalam ayat adalah ‘memelihara diri dari orang-orang kafir’.

Firman Allah 'Azza wa Jalla, ertinya:

“Kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa).” [An-Nahl: 106]. 
Ini juga istidlal yang keliru dan  jauh dari kebenaran kerana ayat ini khusus bagi orang yang sudah tidak tahan siksaan, jika dia terpaksa mengucapkan kekufuran, maka dia boleh mengucapkannya tanpa diyakini dan diamalkan.

Sebagaimana mereka beristidlal dengan firman Allah 'Azza wa Jalla, melalui lisan Ibrahim a.s., ertinya:

“Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang, kemudian ia berkata, ‘Sesungguhnya aku sakit’,”[Ash-Shaffat: 88-89].

Ini tidak sama dengan kedustaan dan kebohongan model Syi’ah, tetapi ayat ini membolehkan “tawriyah” (penyamaran) dalam zhahir ucapan jika diharuskan dalam kondisi darurat.

Ucapan Ibrahim a.s. “Sesungguhnya aku sakit” , maksudnya, “Dari amal kamu dan ibadah kamu kepada berhala-berhala itu”.  Ini bukan dusta tetapi di dalamnya mengandung sindiran (ta’ridh) untuk maksud syar’i, iaitu menghancurkan tuhan-tuhan mereka setelah ditinggalkan oleh para penyembahnya. Bahkan taqiyah Syi’ah tidak hanya halal bagi manusia biasa, tetapi halal juga bagi para Nabi dan Rasul. Ini adalah sangat buruk dan keji serta kemungkaran yang nyata. Kerana Allah Ta’ala mengutus para Nabi dan Rasul untuk tugas menyampaikan risalah Tuhan mereka, mengajar manusia dan menyucikan mereka. Jika tidak tentu tidak akan tersebar dakwah mereka, tidak akan muncul pertentangan di antara mereka dan orang-orang yang mereka diutuskan  kepadanya, tentu tidak akan merasakan ujian-ujian, siksaan-siksaan dan mara bahaya.

Al-Qur’an adalah sebaik-baik saksi dalam hal ini dan yang menafikan ini adalah firman Allah 'Azza wa Jalla, artinya:

“(Iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tidak merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah.” [AI-Ahzab: 39].

Di antara riwayat dusta Syi’ah adalah taqiyah yang dikaitkankan kepada Rasulullah s.a.w.  Mereka menyebut dari Abu Abdillah a.s.

Dia berkata: “Tatkala Abdullah bin Ubay bin Salul (pemimpin orang-orang munafik) mati, Rasulullah s.a.w.  menghadiri jenazahnya. 
Maka Umar menegur Rasulullah s.a.w., “Bukankah Allah telah melarang anda untuk berdiri di kuburannya ?”
Rasulullah terdiam.
Umar mengulangi lagi, “Bukankah Allah 'Azza wa Jalla telah melarang Anda untuk berdiri diatas kuburannya?”

Maka beliau menjawab, “Celaka kamu, tahukah kamu apa yang aku ucapkan? Sesungguhnya aku mengatakan, “Ya Allah tutuplah mulutnya dengan api, penuhilah kuburannya dengan api, dan masukkanlah dia ke dalam api neraka.”
Abu Abdillah a.s berkata: “Maka jelaslah bahwa Rasulullah s.a.w.  apa yang tadinya tidak dia sukai.” [Al-Kafi fi Al-furu’.Kitab Al-Janaiz 3/188]

Apakah seperti ini sifat dan karakter Rasul yang diutus sebagai ‘rahmatan lil’alamin’, yang datang sebagai pengajar dan pendidik bagi ummat manusia? Sungguh ini adalah kebohongan dan kecurangan dari orang-orang zindik untuk menjatuhkan maruah  Rasulullah s.a.w.

Allah 'Azza wa Jalla telah memuji nabi-Nya dengan berfirman yang artinya: 
“Dan sesungguhnya engkau berada di atas akhlak yang agung.” 
Tuduhan yang curang dan taqiyah yang didakwakan bertentangan  dengan kandungan dan makna ayat ini. Kemudian bagi yang masih memiliki akal, apakah Rasululalh s.a.w.  memerlukan sikap taqiyah dan nifaq sementara kedudukannya sangat kuat dan kedudukannya sangat tinggi ketika itu?

Sepatutnya,  Ibnu Salul lah yang memerlukan sikap dusta dan taqiyah ini kerana lemahnya dia di hadapan kekuatan Islam.
Apakah yang ditakuti oleh Rasulullah s.a.w.  sehinga bertaqiyah di hadapan Ibnu Salul yang sudah menjadi mayat itu!

“Takutlah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.”  [At-Taubah:119]

“Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.”[Al-Ahzab:70]

Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan mereka yang telah menyifati Rasulullah s.a.w.  yang diutus sebagai penyebar rahmat dengan sifat-sifat seperti tadi.

Sesungguhnya taqiyah yang dilakukan oleh Rafidhah adalah kemunafikan yang nyata, mereka menginginkan sesuatu tapi mengucapkan dengan sesuatu yang lain. Memerintahkan sesuatu secara terang-terangan dan melarangnya bila bersendirian. Allah Ta’ala telah menjelaskan sifat-sifat orang munafik dan sifat-sifat tersebut adalah sifat-sifat orang Syiah yang sudah terbiasa dan terdidik dengan pendidikan yang hina ini, dan dari sana mereka mewariskannya kepada anak-anak mereka.

Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata, kami mengakui bahawa sesungguhnya kamu adalah benar-benar Rasul Allah. Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu adalah benar-benar Rasul-Nya. Dan Allah mengetahui  bahawa sesungguhnya orang munafik itu benar-benar pendusta.” [Al-Munafiqun:1].

Allah berfirman, ertinya: “Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan kami beriman, dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.” [Al-Baqarah:14]

Latar Belakang Akidah Taqiyah
Kedudukan Syi’ah dahulu telah mengalami krisis ketika mereka membuka lembaran-lembaran  kitab-kitab mereka di mana  dalam kitab ini Al-Imam mengancam dan menakut-nakutkan, dan dalam kitab lain imam yang keempat menghalalkan dan dalam kitab yang sama imam keenam mengharamkan , imam yang ini mengatakan ‘matahari’ sementara imamnya yang lain mengatakan ‘bulan’, maka mereka mendapati bahawa ucapan orang yang mereka yakini sebagai imam yang ma’shum terbebas dari kesalahan dan kegelinciran ternyata ucapan mereka dalam satu perkara saling bertentangan tanpa menemukan alasan pembenaran untuk itu. Sebagaimana mereka merasa terpukul ketika terdapat dalam sebahagian riwayat mereka memuji dan mencintai para sahabat Rasulullah s.a.w. , dan mengakui baiyat terhadap mereka, bertentangan dengan  apa yang mereka yakini. Maka kesulitan mereka semakin rumit, kerana orang-orang bodoh dan hakham Rafidhah telah menghukumi sesat orang-orang sesat di sekitar mereka, dan memenuhi hati mereka dengan kebencian terhadap para sahabat dan ummahat Al-Mukminin – semoga Allah meredhai mereka- sepanjang zaman . Maka mereka berlari menuju tipu muslihat dan kesesatan. Mereka memandang bahawa tidak ada jalan selamat bagi mereka melainkan dengan taqiyah. Mereka merancang konsep taqiyah dan melengkapinya dengan berbagai macam fadhilah, dengan begitu mereka telah mengelabui manusia.

Apabila orang yang mengerumuni mereka dan yang menganut agama mereka hanyalah orang-orang bodoh –semoga Allah memberi hidayah kepada mereka- yang tidak mampu membuat penilaian di dalam masalah akidah. Jika mereka mendengar dari satu imam yang berkata begini dan begitu, mereka langsung membenarkan sebelum orang yang menceritakan hadits itu menyempurnakan haditsnya. Mereka telah menjadikan para pengikut sebagai tawanan bagi ucapan para imam yang dipalsukan itu, kerana mereka telah menanamkan ketaatan buta tuli kepada imam, mereka telah menakut-nakutkan  pengikutnya dan telah membius mereka dengan hadits-hadits yang tidak ada sangkut pautnya dengan Islam. 
Maka jika ucapan seorang imam bertentangan dengan imam itu sendiri, atau ucapan seorang imam bercanggah  dengan Imam yang lain, mereka mengatakan sesungguhnya itu terjadi disebabkan taqiyah. Mereka benar-benar telah menghiasi taqiyah ini dengan berbagai macam keutamaan dan keistimewaan sesuai dengan keinginan nafsu mereka.
 
Bagaimanakah Kesaksian Ulama Mereka?

Berikut ini adalah penyaksiian ulama Syi’ah yang berakal tentang taqiyah yang dia sebutkan dalam kitabnya, “Sesungguhnya saya meyakini dengan seyakin-yakinnya bahawa tidak ada satu ummat di dunia yang menghinakan dirinya dengan menerima konsep taqiyah dan mengamalkannya. Inilah saya, saya memohon kepada Allah secara ikhlas dan saya mengetahui hari yang orang Syi’ah tidak pernah berfikir, bahkan tidak pernah berfikir tentang taqiyah apalagi tentang pengamalannya.”

Dan dia menambah, “Sesungguhnya yang menjadi kewajiban bagi Syi’ah adalah menjadikan perhatiannya terhadap kaedah akhlak yang telah diwajibkan oleh Islam atau seluruh kaum muslimin, yaitu: seorang muslim tidak boleh menipu, tidak menjilat,tidak melakukan kecuali yang haq dan tidak berkata melainkan yang haq sekalipun atas dirinya. Dan sesungguhnya perbuatan baik itu adalah baik di segala tempat dan amal yang buruk adalah buruk di segala tempat.”
Sehingga  dia berkata, “Hendaklah mereka juga mengetahui bahwa apa yang mereka nisbahkan  kepada imam Ash-Shadiq dari ucapannya taqiyah adalah ‘agamamu dan agama bapa-bapaku’, sesungguhnya itu hanyalah dusta, bohong dan fitnah atas imam yang sangat agung itu.”[ibid, hal.159]

Sebagaimana dikatakan oleh seorang Iran, Ahmad Al-Kisrawi, “Sesungguhnya taqiyah adalah satu macam dari dusta dan nifaq, apakah masih perlu menyelidiki tentang keburukan dusta dan nifaq?” [Syi’ah wa At-Tasyayyu’, hal.87].

Sesungguhnya taqiyah itu hanya dibolehkan untuk orang-orang lemah yang ditindas yang khuatir tidak boleh kekal  di atas kebenaran dan bagi orang-orang yang tidak menempati qudwah (teladan) bagi manusia, orang seperti merekalah yang boleh mengambil rukhsyah (taqiyah) ini. Adapun orang-orang yang memiliki semangat dan tekad dari para Imam yang menjadi petuntuk jalan maka mereka wajib mengambil azimah (hukum yang kuat) menanggung derita , tetap teguh  di jalan Allah walau apapun yang mereka hadapi. Dan adalah para sahabat Rasulullah s.a.w.  orang yang mulia sebagaimana yang dipersaksikan Al-Qur’an. Allah berfirman :

“Kekuatan, kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang yang mukmin, tetapi orang-orang yang munafik itu tidak mengetahui.” [Al-Munafiqun: 8].

Maka tidak boleh orang-orang yang mulia (kuat) itu hanya berasal dari para sahabat yang khusus, kerana Ali dan Ibnu Abbas , bukan orang yang munafik juga bukan orang yang hina sehingga mengambil sikap taqiyah.

Ibnu Taimiyah berkata,  “Inilah sikap Rafidhah”.  Syi’ar mereka adalah kehinaan, baju mereka adalah nifak dan taqiyah, modal mereka adalah dusta dan sumpah palsu. Mereka berdusta atas nama Ja’far As-Siddiq bahwa dia berkata : Taqiyah adalah agamaku dan agama bapa-bapaku. Dan Allah telah membersihkan ahlul bait dari hal itu dan tidak menjadikan mereka memerlukan kepadanya , kerana mereka adalah manusia paling jujur dan paling agung imannya. Agama mereka adalah takwa dan bukan taqiyah [Al-Muntaqa: 86].

Inilah hakikat taqiyah dalam agama Syi’ah dia tidak lain hanyalah dusta, nifaq, dan penipuan; tidak ada amanah bagi mereka, tidak ada keikhlasan dan kejujuran dalam agama mereka . Mereka adalah para pendusta yang bangga dengan dustanya dan terang-terangan dengan maksiatnya di hadapan mata manusia.

Allah berfirman:“Di antara orang-orang Mukmin ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka (ada pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah-ubah janjinya, supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan menyiksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Al-Ahzab:23-24].

Serangan Syi'ah Terhadap Sahabat

Apa kata mereka tentang sahabat?
Ibnu Taimiyah berkata: “Syi’ah Rafidhah mengatakan: Sesungguhnya kaum muhajirin dan anshar menyembuyikan nash-nash sehingga mereka kafir kecuali hanya sedikit saja, lebih dari 10 orang dan sesungguhnya Abu Bakar, Umar dan orang sepertinya adalah orang munafik , yang sebelumnya adalah beriman kemudian menjadi kafir. [Majmu’ fatawa 3/356].

Mereka juga mengaguhnya para sahabat, kerana mereka telah membai’at Abu Bakar, maka semuanya menjadi kafir kecuali tiga atau empat orang ,(Kitab syiah Itsna ‘asyariyah) diantaranya dari Hinan bin Sadir (tokoh syi’ah) dari bapanya dari Abu Ja’far, dia berkata : “Semua manusia menjadi kafir setelah meninggalnya Nabi saw kecuali tiga orang iaitu : Miqdad bin Aswad, Abu Zar al Ghifari dan Salman al- Farisi.” [Al-Kafi 12/321,322]. Lebih dari itu mereka juga mengkafirkan sebahagian dari ahli Bait Rasulullah s.a.w. , seperti Al-Abbas dan Abdulullah bin Abbas, mereka menganggapnya kerdil dan bodoh. [Ushul Kafi1/247]. Maka lihatlah bagaimana mereka menganggap generasi termulia menjadi seperti iblis atau Abu Jahal. Padahal dengan celaan mereka terhadap sahabat saja sudah bererti mencela Nabi dan Islam. Cukuplah bagi kita untuk menepis kebatilan itu dengan Hadits: “Janganlah kamu mencela sahabatku, karena seandainya kamu berinfaq emas sebesar gunung uhud tidak akan menyamai kebaikan mereka (walaupun) satu mud atau setengahnya” [HR. Bukhari dari Abi Said Al- Khudri] 
Bukan hanya itu sahaja tetapi mereka juga mengkafirkan khalifah, serta menghukumi pemerintahannya sebagai negara kafir.

Menurut Syi’ah Itsna’asyariyah, bahawa semua pemerintahan selain pemerintahan Itsna’asyariyah adalah bathil, dan penguasanya adalah thagut. Barangsiapa yang berbai’at kepadanya tak ubahnya seperti orang yang membai’at thagut. Mereka berpendapat bahwa semua khalifah selain Ali dan Hasan adalah thagut, sekalipun mereka menyeru kepada kebenaran. Al-Majlisi mengatakan: “Bahawa khulafa’ Ar-Rasyidin adalah perampas yang murtad dari Islam, semoga Allah melaknat mereka dan orang yang mengikuti mereka, kerana mereka menzalimi Ahlul bait dari awal hingga akhir.” [Ushul kafi: 1/427 dan Rijal al-kusyi hal:35]. Di masa Ja’far bin Shadiq, Syi’ah rafidhah juga mengatakan : Penduduk Syam lebih jelek dari pada penduduk Romawi (Nasrani), dan penduduk Madinah tujuh puluh kali lebih jelek dari penduduk Makkah, sedangkan penduduk Makkah telah kafir dengan nyata. [Ushul kafi: 2/49]

 

(Disaring oleh http://www.darulkautsar.net dari http://www.syiah.blogspot.com)

Aqidah Al-Bada’ Dan Sejarah Kemunculannya Menurut Syiah


Menurut doktrin agama Yahudi, Allah adalah jahil dan memerlukan kepada tanda-tanda dan isyarat yang memimpinNya dalam sesetengah perkara. Dia menjadikan makhluk tetapi tidak mengetahui penciptaanNya itu baik atau buruk melainkan setelah melihatnya dan jelas kepadaNya beberapa perkara tidak diketahui sebelum ini lalu menyebabkan Dia berasa sedih dan kecewa terhadap makhluk-makhlukNya lalu menghapuskan segala yang ada di muka bumi ini. Maha Suci dari pembohongan Yahudi !!
Yahudi mendakwa bahawa Allah menyuruh Bani Israil meletakkan tanda di rumah mereka agar tidak dibinasakan secara tersilap… dan pelbagai lagi dakwaan karut dan sesat mereka. Aqidah sesat ini telah menyusup masuk dalam agama Syi`ah atau dengan tepat lagi Syi`ah telah meminjamnya dari Yahudi dengan nama Bada’. Iaitu mengakui sesuatu yang diketahui selepas tidak mengetahuinya. (Lisan al-`Arab jil. 1, hal. 187)
Di dalam al-Qur’an terdapat kalimah bada’ pada banyak tempat, antaranya:

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا
 Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka. (Al-A`raf: 20).

وَبَدَا لَهُمْ مِنَ اللَّهِ مَا لَمْ يَكُونُوا يَحْتَسِبُونَ
Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. ( Al-Zumar:47)

وَبَدَا لَهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا
Dan jelaslah bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat (Al-Zumar:48)

ثُمَّ بَدَا لَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا رَأَوُا الْآيَاتِ لَيَسْجُنُنَّهُ
Kemudian timbul pada fikiran mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya. (Yusuf: 35)

Semuanya adalah sesuatu menjadi jelas setelah tidak diketahui sebelum ini.

قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ
Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.( Aali Imran: 118)

وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللّهُ
Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikannya pasti Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu  ( Al-Baqarah: 284)
  
Al-Ibda’ (menyatakan, menampakkan) di dalam ayat-ayat di atas merupakan lawan bagi al-Ikhfa’ (menyembunyikan) danbada’ itu terhasil selepas tersembunyi.
Dengan itu, al-bada’ adalah jelasnya sesuatu yang tidak diketahui sebelum ini. Al-dhalal (kesesatan) pula kehilangan sesuatu yang sebelum ini diketahui.

أَيْنَ مَا كُنتُمْ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ قَالُواْ ضَلُّواْ عَنَّا
Di mana (berhala-berhala) yang biasa kamu sembah selain Allah? Orang-orang musyrik itu menjawab: Berhala-berhala itu semuanya lenyap dari kami. ( al-A`raf: 37)

وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُواْ يَفْتَرُونَ
Dan lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan (Yunus: 30)

Sementara al-ghaflah (kelalaian) tidak mengetahui sesuatu yang ada dan terjadi. Manusia mempunyai ketiga-tiga perkara ini kerana kejahilan melitupi dirinya dari semua sudut. Oleh kerana Allah s.w.t. mengetahui setiap sesuatu secara ijmali dan tafsili, mengetahui kulli dan juz’i bagi sesuatu secara mutlak sejak azali hingga selama-lamanya, setiap masa, baik sebelum penciptaan mahupun selepasnya maka mustahil dan tidak mungkin terjadi al-bada’, al-dhalal dan al-ghaflah pada ilmu Allah. (Musa Jarullah, al-Wasyi`ah Fi Naqd `Aqa’id al-Syi`ah, hal. 110)

Al-bada’ mengikut Syi`ah adalah kelihatan dan jelasnya sesuatu kepada Allah setelah Dia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang jahil atau tidak mengakui aqidah al-bada’ maka dia tidak mempunyai bahagian langsung dalam pengetahuan. (`Ali al-`Usfur, Syubhat Hawl al-Tasyasyu`, hal. 52) Kalau begitu, seorang itu tidak akan menjadi berilmu kecuali setelah membohongi atas nama Allah dan setelah menyifatkanNya sebagai jahil!!

Kadang-kadang sesetengah penganut Syi`ah berkeras kepala dengan mengingkari aqidah ini. Bertitik tolak dari amanah dan kajian ilmiah, kami menukilkan dari sumber-sumber yang dipegang dan dipercayai oleh mereka. Al-Kulaini meriwayatkan di dalam kitabnya al-Usul Min al-Kafi, daripada Zurarah: “Allah tidak pernah diibadatkan seperti mana Dia diibadatkan dengan al-bada’.” (jil.1, hal. 146)

Kalau begitu, ibadat Syi`ah adalah ibadat kepada tuhan yang jahil. Bagaimana dapat beribadat kepada yang jahil dan tidak mengetahui kemaslahatan hamba-hambanya? Seluruh hukumnya terbit dari yang jahil dan kejahilan? Tidak ada yang beribadat dengan kejahilan kecuali orang yang jahil!

Dalam riwayat Ibn Abi `Umair daripada Hisham bin Salim daripada Abi Abdillah a.s.: “Allah tidak dita`zimkan dan diagungkan sepertimana dengan al-bada’”  (al-Kafi,jil. 1, hal. 146)

Pentahqiq kitab al-Kafi membuat komentar tentang riwayat ini: “Al-bada’ ialah perbuatan nyata setelah tersembunyi dengan sebab muncul ilmu tentang kemaslahatan yang sebelum ini tersembunyi. Pemakaian perkataan ini menjadi umum lalu kami menggunakannya sebagai perkataan yang memberi maksud kelihatan dan jelasnya sesuatu perbuatan yang sebelum ini tidak sama dengannya.”

Kalau begitu, Allah, menurut Syi`ah, sering terkejut dengan perkara-perkara yang belum pernah diketahuiNya atau berbeza dengan apa yang diketahuiNya. Maha Suci Allah dari pembohongan mereka!

كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلاّ كَذِبًا
Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka, mereka tidak katakan sesuatu melainkan dusta.(Al-Kahf:5)

Al-Kulaini menyebut di dalam al-Kafi, jil. 1, hal.148:

“Daripada al-Rayyan bin al-Salt, katanya: Saya mendengar al-Ridha a.s. berkata: Tidak ada seorangpun nabi yang diutuskan Allah melainkan membawa hukum haramnya arak dan mengakui al-bada’ kepada Allah.”

Ini bermakna Allah s.w.t. mengutus para rasul dengan mensyaratkan pengakuan bahawa Allah s.w.t. jahil dan mereka wajib menyebarkan dan mengajarkannya kepada manusia!!

Juga dalam al-Kafi, jil. 1, hal. 148 daripada Mirzam bin Hakim katanya: Saya mendengar Abu Ja`far a.s. berkata: “Seorang nabi tidak akan dilantik melainkan setelah mengakui lima perkara: Bada’, Masyi’ah (kehendak), sujud, `ubudiyyah dan ketaatan.”

Juga dalam al-Kafi, Bab Karahiyah al-Tawqit, jil. 1, hal. 368 daripada Abu Hamzah al-Thamali katanya: Saya mendengar Abu Ja`far a.s. berkata: “Wahai Thabit, sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberi ruang kepada keadaan ini selama tujuh puluh tahun. Tatkala Husain a.s. dibunuh, kemarahan Allah s.w.t menjadi sangat kuat terhadap penduduk bumi lalu Dia menangguhkan kepada seratus empat puluh. Kami menceritakan kepada kamu (perkara ini) lalu kamu menyebarkannya menyebabkan kamu membuka rahsia dan Allah tidak lagi memberi ruang kepada kepadanya selepas dari peristiwa itu. Allah menghilangkan dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan sisiNyalah  terdapat Ummu al-Kitab (lauh mahfuz).”

Adakah ada riwayat yang lebih terang daripada riwayat ini? Bagaimana pula Syi`ah menafsirkan pembohongan dan kesesatan ini?

Dalam komentar kepada Tafsir al-Qummi, Tayyib al-Musawi menulis: “Guru kami, al-Tusi menulis dalam al-`Uddah: Berkenaan dengan aqidah al-bada’, pada bahasa ialah tampak dan kelihatan seperti bada laana sur al-madinah, kelihatan kepada kami benteng kota. Kadang-kadang digunakan pada pengetahuan tentang  sesuatu  yang sebelum ini tidak ada.” Al-Sayyid al-Murtadha menyebut: “Boleh juga ditafsirkan dengan makna hakiki bada liLlahi iaitu  suatu perintah kelihatan kepada Allah setelah tidak kelihatan kepadaNya dan suatu larangan kelihatan kepada Allah setelah tidak jelas kepadaNya.”

Kitab-kitab Syi`ah menyebutkan, pegangan dengan al-bada’ bermaksud sanggahan terhadap Yahudi yang mengatakan: “Allah s.w.t memang telah selesai membuat keputusan.” Kepercayaan yang berasal daripada Syi`ah ini merupakan helah dan tipu daya untuk melekakan orang yang jahil dan mengada-adakan kebatilan atas nama Yahudi. Sebenarnya Syi`ah telah meminjam aqidah al-bada’ ini dari kitab Taurat dan dakwaan sanggahan dengan menggunakan aqidah al-bada’ adalah mengkufuri nikmat yang dipinjam.( setelah Syi`ah meminjam dari Yahudi tetapi tidak berterima kasih)

Dengan menyelubungi dengan keindahan, kitab-kitab Syi`ah menyebut: al-bada’ ialah kedudukannya di dalam takwin(penciptaan) seperti kedudukan nasakh di dalam perundangan. Al-bada’ ialah nasakh takwini sebagaimana nasakh  adalahbada’’ tasyri`i. Kata-kata ini adalah satu hiasan kerana tidak ada bada’ di dalam nasakh. Hukum telahpun ditentukan waktunya dalam ilmu Allah. Tempoh dan berakhirnya hukum ketika bermula tempoh telahpun diketahui oleh Allah s.w.t. sebelum ditetapkan hukum. Kalau begitu di mana letaknya bada’? Ya, kelihatan kepada kita dari Allah setelah  turunnasikh dan setelah berlaku penghapusan. Dengan itu, bada’ berlaku kepada kita berkenaan ilmu kita tetapi tidak untuk Allah. (lihat al-Wasyi`ah Fi Naqd Aqa’id al-Syi`ah, hal. 110)

Dr. Musa al-Musawi menulis dalam kitabnya, al-Syi`ah wa al-Tashih, (halaman 147 dan seterusnya): “Bada’ ialah mentafsirkan kesalahan dengan kesalahan lain iaitu berterusan dan tidak keluar darinya sehingga hari kiamat. Di sini saya suka untuk mengatakan jika sebahagian ulama kita mempunyai keberanian ilmiah, ketulusan niat, kebersihan fikiran dan kejernihan minda pasti mereka tidak akan melalui jalan kritikal untuk mentafsirkan kata-kata rekaan, ayat yang palsu atau pemikiran yang bertentangan dengan prinsip-prinsip aqidah dan prinsip-prinsip yang diterima umum. Berpendapat denganbada’, terus berpegang dengannya dan mengekalkannya di dalam kitab-kitab ziarah kubur para imam (manasik al-Masyahid) dan kitab-kitab riwayat merupakan contoh paling sempurna tentang berterusan merasa hebat dengan dosa. Selagi keadaan masih begini, jalan untuk melepaskan diri dari waham dan khayalan adalah sukar lagi rumit. Sedangkan perhatian Allah tidak akan meliputi kaum yang Allah firmankan tentang mereka:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلا هُدًى وَلا كِتَابٍ مُّنِيرٍ
Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya.( Al-Hajj: 8)

Konsep bada’ amat sukar difahami oleh majoriti penganut Syi`ah Imamiyah, bahkan mereka tidak mengetahui sedikitpun inti kandungannya. Sehinggakan anda bertanya kepada mereka maksud bada’ pasti mereka tercengang-cengang untuk memberikan jawapan. Walaupun demikian, satu kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat iaitu keadaan umat ini disebabkan kelebihan kepimpinan mazhab, terdapat berpuluh ribu malah kalau anda mahu katakan beratus-ratus ribu penganut Syi`ah mengulang-ulang ayat-ayat berikut: Assalamu`alaikuma, salam sejahtera untuk kamu berdua, wahai orang yang kelihatan kepada Allah tentang kamu berdua. (Mafatih al-Jinan, hal. 929) ini diucapkan ketika  mereka menziarahi kubur dua Imam al-`Askari di Samarra bagi mengucapkan salam kepada Imam kesepuluh dan imam kesebelas di sisi Syi`ah. Syi`ah mengulang-ulang kalimah-kalimah ini setiap kali memasuki makam Imam Ali al-Naqi dan Imam al-Hasan al-`Askari sama ada berseorangan atau berkumpulan sedangkan mereka tidak mengetahui makna al-bada’ dan memahami maksud ayat:

"يا من بدا الله في شأنكما"
“Wahai orang yang kelihatan kepada Allah tentang keadaan kamu berdua”.

Mereka juga tidak memahami sebab di sebalik ayat tersebut sebagaimana mereka tidak mengetahui bahaya yang tersembunyi di dalamnya yang mengurangkan kekuasaan, ilmu, kehendak dan kebijaksaan Allah s.w.t. Tetapi lebih dahsyat lagi sehingga hari ini tidak terjadi seorang ilmuwan dari kalangan kita tampil untuk memadamkan ayat ini dalam menziarahi kubur atau melarang dari membacanya. Kedudukannya seperti beratus-ratus ayat yang memenuhi kitab ziarah kubur imam-imam, kitab-kitab riwayat dan kesemuanya, sebagaimana kita sering tegaskan bercanggah dengan asas aqidah dan roh Islam.

Makna bada’ dan konsep yang terkandung dalam doa ketika menziarahi kubur dua Imam al-`Askari iaitu imamah mengikut turutan yang ada dalam aqidah Syi`ah Imamiyah berpindah dari bapa kepada anak sulung tetapi dua imam iaitu al-Hasan dan al-Husain terkecuali dari kaedah ini. Imamah selepas al-Hasan berpindah kepada al-Husain bukan kepada anak sulung al-Hasan. Ismail iaitu anak sulung Imam Ja`far al-Sadiq telah meninggal dunia pada masa hayat bapanya lalu imamah berpindah kepada adik bongsunya Musa bin Ja`far al-Sadiq. Perubahan dalam perjalanan imamah yang merupakan jawatan yang ditentukan Allah ini dinamakan bada’ yang berlaku kepadaNya. Dengan itu, Imamah Ilahiyah yang sepatutnya Ismail telah berpindah kepada Musa dan seterusnya kepada anak keturunannya dengan tidak melalui jalan asal iaitu perpindahan dari bapa kepada anak sulung.

Tetapi di sini timbul satu persoalan yang membingungkan, kenapakah dinamakan perubahan perjalanan imamah sebagaibada’ dan kenapakah mereka menisbahkan sesuatu seperti ini kepada Allah untuk menetapkan satu perkara yang tidak perlu kepada mengurangkan kekuasaan Allah. Jawapannya ialah mungkin dalam keadaan dan suasana yang berlaku pada zaman pertelingkahan antara Syi`ah dan Tasyasyu`. Apabila imamah itu adalah jawatan ketuhanan yang tidak tunduk kepada pemilihan langsung dan perjalanannya tidak berubah kerana kematian imam syar`i, maka pada ketika itu, imamah berpindah mengikut peraturan Ilahi yang tidak beralih dari bapa kepada anak. Oleh kerana itu, imamah dikatakan sebagaitakwiniyah iaitu tidak tunduk kepada perubahan masa dan tempat, kedudukannya seperti sebab dan akibat yang tidak terpisah antara satu sama lain. Ini bererti Imam yang merupakan bapa tidak mempunyai kuasa untuk menentukan imam yang bakal menggantikannya kerana ia ditentukan mengikut kehendak Allah.

Pertarungan pemikiran ini berlaku di kalangan Syi`ah sendiri sebelum berlanjutan ke ufuk yang lebih luas sebelum keghaiban besar bagi Imam. Ini berlaku di awal kemunculan Syi`ah Ismailiyah di persada pemikiran Islam yang mengancam kesatuan Syi`ah dengan perpecahan dalaman. Syi`ah Ismailiyah berpendapat Imamah Ilahiyah berterusan dalam bentuk yang dikehendaki Allah sejak azali iaitu pada keturunan Ali dan keturunannya mengikut turutan umur. Ini bermakna, imam yang merupakan bapa tidak mempunyai kuasa untuk menentukan imam yang akan menggantikannya kerana ia ditentukan dengan kehendak Allah. Apabila waris syar`i meninggal dunia iaitu Ismail, maka bapanya, Ja`far al-Sadiq tidak berhak untuk memilih Musa, anak bongsunya bahkan imamah berpindah kepada anak sulung dari keturunan Ismail. Disebabkan Syi`ah membina konsep Imamah Ilahiyah dengan bentuknya tersendiri, jalan keluar dari kegelinciran ini, mereka mengemukakan konsep bada’ bagi mencampakkan tanggungjawab perpindahan imamah dari Ismail bin Ja`far kepada Musa bin Ja`far ke atas Allah bukan ke atas Ja`far al-Sadiq dan bagi menghapuskan aqidah Ismailiyah. Sebagaimana yang diketahui oleh semua orang, menurut golongan Ismailiyah imamah berterusan sehingga hari ini di kalangan kalangan mereka. Imam mereka masih lagi hidup dan muncul serta ia dari keturunan Ismail. Malah mereka tidak pernah berganjak dari ajaran ini walaupun sejengkal!!

Kembali kepada konsep bada’, kemunculan Ismailiyah mencabar Syi`ah dan menghapuskan kesatuan mereka. Oleh kerana itu, kita tidak dapat menjejaki konsep bada’ sehinggalah pada abad ketiga hijrah. Imam pertama yang dikaitkan dengan bada’ ialah imam kesepuluh dan imam kesebelas. Sedangkan, sepatutnya Imam Musa yang dikaitkan dengan bada’ kerana beliaulah yang menjadi motif dan subjek. Bukan Imam Musa, bukan anaknya, Imam Ali al-Ridha dan bukan cucunya, Muhammad al-Jawwad yang ditujukan dengan kata-kata yang mengisyaratkan berlaku bada’ pada mereka. Yang lebih meyakinkan kita, pengalihan kepada mencipta konsep bada’ sebenarnya berlaku ketika arus Ismaliyah mula membuka jalan kepada kewujudan dan kemunculan di awal abad ketiga hijrah iaitu zaman imam kesepuluh dan kesebelas.

Sesungguhnya beberapa tokoh Syi`ah mengubah haluan kepada bada’ sehingga mereka menetapkan perjalanan imamah  dari Ismail kepada Musa bin Ja`far. Sedangkan imamah dan perpindahannya dari seorang tokoh kepada tokoh yang lain dan dengan  gambaran yang diciptakan oleh Syi`ah sebelum ada pertelingkahan antara Syi`ah dan Tasyayyu` tidak memerlukan kepada adanya konsep bada’ dan perubahan kehendak ketuhanan. Disebabkan kematian calon imam pertama, imamah berpindah kepada calon kedua mengikut wasiat Imam al-Sadiq yang menyaksikan kewafatan anaknya yang dicalonkan untuk imamah. Tidak syak lagi beliau bercakap tentang imam yang mengambil alih urusan fatwa dan fiqh sesudahnya dan memberi kata putus tentang waris syar`i.

Tajuk bada’ menduduki tempat yang penting di dalam kitab-kitab Syi`ah. Sebahagian ulama Syi`ah menulis kitab berasingan atau risalah khusus yang mempertahankan makna bada’ dan inti patinya. Polemik dan perdebatannya berakhir dengan perbahasan-perbahasan falsafah dan ilmu kalam yang memakan banyak juzuk dan kitab-kitab ilmu kalam tentangIradah Ilahiyah (kehendak Tuhan), tempoh-tempoh yang pasti dan ditetapkan, taqdir yang dapat dihindari dengan waspada dan musibah yang dielakkan dengan sedakah serta pelbagai perbahasan yang hanya diketahui oleh ahli ilmu, sebagaimana sesetengah tokoh-tokoh Syi`ah menemui jalan keluar dari dilema dan situasi kritikal dengan memperincikan antara nasakh takwini dan nasakh tasyri`i dengan mengatakan bada’ itulah nasakh takwini. Penulis tidak pasti adakah mereka yang menulis tentang bada’ menemui penyelesaian bagi kerumitan tersebut jika ia satu kerumitan atau tidak dalam ayat al-Qur’an ini?:

يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ
Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki) dan di sisiNya lah Ummul Kitab (lauh mahfuz).(Al-Ra`d: 39)

Biar apapun, sebenarnya mereka yang menulis tentang bada’ tidak menambah apapun melainkan khayalan atas khayalan dan kekarutan atas kekarutan. Kalaulah mereka menemui penyelesaian bagi kerumitan itu dalam ayat yang kami kemukakan pasti mereka mempunyai jalan keluar yang terbaik dari dilema dan situasi kritikal yang mereka sendiri ciptakan. Malahan persoalan itu pasti tidak berakhir dengan mengurangkan kekuasaan Allah yang mutlak dengan mengatakan bahawa Dia menghendaki sesuatu kemudian kelihatan kepadaNya sesuatu yang lain.”


(Terjemahan oleh Ust Mohd Hanif bin Awang Yahya )
Tuesday, April 3, 2012

PERBEZAAN AQIDAH AHLI SUNNAH DAN SYIAH


BIL
AHLI SUNNAH SYIAH
1
Al-Quran adalah terpelihara dan bebas daripada kekurangan mahupun penyelewengan. Al-Quran yang ada sekarang ada kekurangannya dan terseleweng.
2
Beriktiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan pada apa yang datang daripada Nabi SAW. Berpendapat penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan daripada apa yang telah diriwayatkan ahli al-bait dengan riwayat-riwayat yang mencela para sahabat dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya.
3
Al-Quran diturunkan sepenuhnya ke atas Rasulullah SAW, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya. Beriktiqad bahawa di sana ada mashaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi SAW dan dinamakan mashaf Fatimah.
4
Sunnah Nabi adalah apa saja yang datang daripada Nabi sama ada percakapan, perbuatan mahupun taqrir. Mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman Allah Taala dan Sabda Rasulullah SAW . Meriwayatkan daripada mereka sama seperti meriwayatkan hadith daripada Nabi kerana mereka juga maksum.
5
Syariat Islam adalah sempurna. Bahawa Rasulullah SAW menyampaikan sebahagian daripada Syariat sahaja sedangkan sebahagiannya disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali.
6
Menerima periwayatan sahabat r.a kerana mereka adil dan thiqah (dipercayai). Menolak periwayatan sahabat, mereka beriktiqad bahawa para sahabat semuanya menipu seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub.
7
Menerima semua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadith sahih yang lain. Tidak berpegang dengan kitab-kitab hadith Ahli Sunnah melainkan yang ada persamaan dengan aqidah pegangan mereka.
8
Berpegang dengan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak sebagai prinsip asas kepada Syariat Islam. Tidak percaya kepada Ijmak sama ada dari sahabat mahupun selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka.
9
Tiada yang maksum melainkan Rasulullah SAW, para anbia dan rasul-rasul terdahulu. Para Imam-imam adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip Imamah. Imam tidak akan terkena dosa sama ada sengaja atau tidak.
10
Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada para Nabi dan Rasul adalah satu bukti kebenaran. Mukjizat hanya untuk para imam, mereka mampu menghidupkan yang mati, menyembuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi.
11
Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan Allah SWT. Para imam mengetahui perkara-perkara ghaib, tidak terhijab daripada mereka ilmu-ilmu apa yang di langit, di bumi, di syurga dan neraka.

Berdasarkan perbezaan-perbezaan pegangan dan sumbernya antara Sunni dan Syiah, maka tiada jalan untuk mencapai perpaduan dan mempererat hubungan keduanya dengan menggunakan pendekatan aqidah ataupun sumber pegangan melainkan salah satu pihak meninggalkan sumber pegangan mereka dan mengiktirafkan sumber yang lain. Walaupun ada titik pertemuan antara kedua pihak, tetapi banyak perselisihan pada akar umbi yang mewujudkan jurang pemisah yang dalam dan jauh sejauh timur dan barat.

Dakwah ke arah perpaduan bermakna menimbus lubang dan mengecilkan jarak pemisah tersebut. Ini bermakna salah satu pihak melangkah masuk ke pihak yang lain dengan menerima aqidah dan prinsip pihak yang satu lagi. Pihak mana yang bakal memihak kepada pihak yang satu lagi untuk merealisasikan perpaduan dengan meninggalkan aqidah serta prinsip-prinsip dasarnya? Apakah hukum bagi mereka yang mendakwa bahawa Rasulullah SAW menyembunyikan sebahagian yang diturunkan kepadanya? Bagaimana boleh berlaku perpaduan pada permasalahan sahabat yang telah hidup sezaman dengan Rasulullah SAW, menyaksikan bersama turunnya Al-Quran kepada mereka dan dibacakan ke atas mereka. serta Allah SWT telah redha akan mereka, dijanjikan mereka dengan syurga, sedangkan satu pihak mencaci, memfitnah, mengkafirkan dan menjanjikan kepada mereka balasan neraka.

Bagaimana perpaduan akan terlaksana sekiranya umat tanpa ada imam yang memimpin mereka memperbaik urusan-urusan mereka disebabkan imam itu telah hilang selama 12 kurun, meninggalkan mereka dalam kesesatan serta tidak tentu hala tujuan menyebabkan segala urusan-urusan mereka sia-sia tanpa kewujudan imam di kalangan mereka. Adalah menjadi satu kewajipan kepada mereka yang mengangkat syiar perpaduan untuk benar-benar ikhlas pada dakwah mereka dan meninggalkan iktiqad yang terdahulu, serta memperkuat hubungan dengan jumhur muslimin ( majoriti umat Islam), membersihkan sumber-sumber maklumat yang terdahulu daripada kebathilan untuk kembali kepada yang hak dengan kebenaran.
Friday, March 30, 2012

PERPADUAN ANTARA SUNNI DAN SYIAH : MUNGKINKAH?

Perhubungan Ahli Sunnah dan Syiah, sama ada renggang atau erat berpunca daripada ideologi dan juga aqidah bukannya disebabkan dasar hubungan sosial. Orang-orang awam yang menganuti mazhab-mazhab ini tidak mendalami ideologi-ideologi mazhab, aqidah dan juga tidak memahami tentang pemikiran. Hubungan sosial dan kekeluargaan tetap ada di kalangan orang-orang awam bagi kedua-dua mazhab kerana kehidupan bermasyarakat berbeza dengan hala tuju aqidah, kerana manusia adalah bersaudara dalam erti kata kemanusiaan. Perselisihan agama ataupun mazhab tidaklah merosakkan persahabatan dan tidak juga mencetuskan permusuhan.

Bagi orang kebanyakan daripada kedua-dua kelompok ini, mereka beranggapan tiada perselisihan di antara Sunni dan Syiah di dalam perkara dasar (usul) iman ataupun rukun Islam ataupun perkara-perkara yang perlu diketahui dalam agama. Perselisihan juga dalam permasalahan fiqh, pendapat-pendapat dan falsafah-falsafah yang mana tiada hubungan dengannya dengan prinsip-prinsip aqidah, atau tiada perselisihan langsung sebenarnya. Adapun konflik yang berlaku adalah hasil daripada sangkaan semata-mata disebabkan kedua-dua pihak telah hidup dalam keadaan berasingan dalam tempoh yang agak panjang. Kumpulan ini berpendapat bahawa perpaduan boleh dicapai dan perselisihan atau khilaf dalam masalah furu' tidaklah membawa kepada perbalahan, putus hubungan, salah sangka mahupun tuduh menuduh kerana memutuskan hubungan sesama Islam adalah satu penyakit yang memburukkan umat Islam. Umat Islam tidak mendapat apapun melainkan kegagalan dan kelemahan.

Walau bagaimanapun di kalangan sekumpulan yang lain selain dari kumpulan kebanyakan yang dinyatakan di atas, terdapat perselisihan di antara kedua-dua pihak, jurang pemisah amatlah besar pada sudut aqidah, hukum-hukum dan sumber yang diperolehi. Ini menjadikan jalan-jalan untuk mempererat keduanya tertutup, tiada lagi jalan penyelesaian. Setiap pihak berpegang dengan pegangan mereka sendiri, tiada faedah dalam menganjurkan seminar-seminar dan rundingan-rundingan. Dengan meninggalkan segala perdebatan atau dialog adalah merupakan jalan terbaik untuk memadamkan api fitnah. Jadi setiap pihak dengan pegangan mereka sendiri dan di sana ada kehidupan serta kerjasama dalam urusan harian seperti mana negara-negara lain berlainan agama dapat menjalankan kerjasama. Ini adalah pandangan sebahagian besar kedua-dua belah pihak seperti Syeikh Muhammad Zahid Al-Kauthari, Syeikh Muhammad Bahjah Al-Baitar (ulama Sham), Syeikh Muhammad Al-Kholisi di Iraq, Syeikh Rashid Ridha dan yang terdahulu daripada mereka iaitu Syiekh Al-Islam, Ibnu Taimiyyah dan lain-lain.

Berdasarkan apa yang terdahulu, Sesungguhnya kita pada hari ini perlu meneliti semula pandangan-pandangan ini kerana seruan ke arah mempererat lagi hubungan terus diperbaharui pada masa kini yang mana ianya telah dilakukan oleh orang persendirian mahupun badan atau pertubuhan-pertubuhan tertentu. Berlaku suasana kecelaruan di kalangan sesetengah masyarakat Islam hingga tidak dapat membezakan antara "khilaf" atau perbezaan yang dibenarkan dan pegangan menyeleweng daripada aqidah yang benar. Pada hakikatnya "pendekatan" antara Sunni dan Syiah merupakan satu usaha "kompromi" antara perkara yang hak dan batil.

PENYELEWENGAN UMUM SYIAH

1) Menziarahi Kubur Saidina Husain, Ganjarannya Syurga.

i. Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki Syurga, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Sesiapa yang menziarahi Husain selepas wafatnya, nescaya ia akan memasuki Syurga".

ii. Perkara ini terkandung di dalam kitab al-Irsyad karangan Muhammad bin Muhammad bin Nu'man al-'Askibri al-Baghdadi, halaman 252.

2) Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram

i. Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan di dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa at-Tasyayyu' oleh Doktor Musa al-Musawi, halaman 98.

3) Menghina Isteri-isteri Nabi SAW.

i. Golongan Syiah juga jelas menghina isteri-isteri nabi. Hal ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-'Awam Maqbul oleh Al-Syed Manzur Husain, halaman 330.
Wednesday, March 28, 2012

PENYELEWENGAN SYIAH DARI SUDUT SYARIAT

1) Menolak Ijmak Ulama.

i. Golongan Syiah tidak menerima ijmak ulama dalam perundangan Islam malah mereka berpegang kepada pendapat imam-imam mereka kerana mereka mempercayai ijmak terkandung kesalahan sedangkan pendapat imam adalah maksum. Kenyataan ini dijelaskan dalam buku Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim ad-Dahlawi, halaman 51.

2) Menolak Qias.

i. Golongan ini juga menolak qias. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin al-Husain Aali Khasif al-Ghita', halaman 149.

3) Mengamalkan Nikah Mut'ah.

i. Golongan Syiah masih meneruskan amalan nikah Mut'ah yang diamalkan sejak zaman Jahiliyyah sehingga sekarang. Mereka berpendapat nikah Mut'ah adalah diharuskan dalam syariat Islam. Ciri-ciri nikah Mut'ah yang diamalkan oleh golongan Syiah adalah akad, tempoh dan mahar. Berikut adalah huraian ciri-ciri nikah Mut'ah golongan Syiah :

  • Dalam nikah Mut'ah ditetapkan tempoh tertentu yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sama ada sebulan, setahun, atau sehari. Nikah Mut'ah juga boleh dilakukan dalam tempoh satu jam, dua jam, sehari,dua hari atau semalaman.
  • Nikah Mut'ah boleh dilakukan dengan perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi, anak dara tanpa izin bapanya dan juga perempuan pelacur. Dalam nikah Mut'ah juga tidak ditentukan bilangan wanita yang diMut'ahkan, boleh dilakukan sehingga seribu orang wanita.
  • Sewaktu akad hendaklah disebutkan mahar dan tempoh yang dipersetujui kedua-dua pihak. Sekurang-kurang mahar ialah semangkuk gula atau segenggam makanan dan sebagainya.
ii. Nikah Mut'ah yang digunakan golongan Syiah ini terkandung di dalam kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhammad b. al-Hasan b. Ali al-Tusi, halaman 489-491 serta kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu ja'far Muhammad b. al-Hasan al-Tusi, halaman 254,259 dan 266.

4) Menolak 'Aul dan mendahulukan Qurabah dari 'Asobah dalam Masalah Pusaka.

i. Dalam pembahagian harta pusaka, feqah Syiah tidak menerima 'aul yang telah diasaskan oleh Khalifah Umar al-khattab. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj kebenaran dan pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bin Yusuf al-Mutahhar al-hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 100-101.

5) Mengharuskan Jamak Sembahyang Dalam Semua Keadaan.

i. Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab permusafiran. Perkara ini disebutkan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 36.

6) Menetapkan Prinsip Khumus sebagai Kadar Zakat.

i. Golongan Syiah menetapkan 1/5 sebagai kadar zakat. Mereka juga menetapkan kadar itu pada harta rampasan perang dan lain-lain. Perkara-perkara ini terkandung di dalam kitab Tahzib al-Ahkam karangan Abu Ja'far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi, halaman 122 dan buku Minhaj kebenaran dan pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliy, terjemahan Prof. Madya Dr.Lutpi Ibrahim, halaman 48.

7) Sembahyang Dhuha adalah Bid'ah.

i. Golongan Syiah mendakwa sembahyang Dhuha adalah Bid'ah. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj kebenaran dan pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 31.

8) Islam bukanlah Syarat Wajibnya Haji.

i. Syiah mendakwa Islam bukanlah syarat wajibnya haji. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliy, terjemahan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 55.

9) Qunut adalah Sunat, Ianya dilakukan Sebelum Rukuk.

i. Golongan Syiah mendakwa Qunut adalah sunat, ianya dilakukan sebelum rukuk. Perkara ini disebutkan didalam buku Minhaj kebenaran dan pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 30-31.

10) Wajib Menyapu Kedua-dua Kaki dan Tidak Memadai Basuh Kedua-duanya.

i. Syiah juga mendakwa wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya. Hal ini dijelaskan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 13-14.


Tuesday, March 27, 2012

ASPEK PENYELEWANGAN SYIAH

Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara. Terdapat penyelewengan daripada pelbagai sudut, antaranya aqidah, syariah dan umum.

PENYELEWENGAN DARIPADA SUDUT AQIDAH

1) Khalifah diwasiatkan secara Nas

i. Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan Allah melalui lisan Rasul-NYA secara nas. Ini dijelaskan dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, halaman 78.

ii. Syiah juga mempercayai wasi ( orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat) Rasulullah SAW adalah Saidina Ali. Perkara ini disebutkan dalam kitab Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita', halaman 136.

2) Imamah dan khalifah sebahagian daripada Rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 145-146.

3) Imam adalah Maksum

i. Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum (terpelihara) daripada dosa kecil dan dosa besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia.

ii. Menurut mereka imam sama seperti Nabi, tidak melakukan kesalahan, tidak lupa serta dianggap sebagai pemelihara syariat. Perkara ini dijelaskan dalam kitab al-Syiah Fi al-Mizan oleh Muhammad Jawad Mughniah, halaman 38 dan kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, halaman 72.

4) Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (al-Bada').

i. Dari sudut bahasa al-Bada' bermaksud lahir sesusah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya.

ii. Syiah juga menganggap ilmu Tuhan itu akan berubah dan bersesuaian dengan fenomena baru. Hal ini dijelaskan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh Al-Khulaini, Juzu' 1, halaman 146.

5) Kemunculan semula Imam Mahdi dan Kumpulan Orang yang telah Mati untuk memberi keadilan ( Ar-Raj'ah).

i. Menurut aqidah Syiah, golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia bersama-sama kebangkitan Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Fakta ini dijelaskan dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, halaman 83.

6) Berpura-pura ( At-Taqiyyah)

i. At-Taqiyyah bermaksud menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta benda dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya.

ii. At-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi, juzu' 2 oleh Abu Ja'far Muhammad bin Ya'kub bin Ishak al-Khulaini ar-Razi, halaman 217.

7) Muhammad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi al-Muntazar (al-Mahdi).

i. Mereka percaya bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari ialah imam yang ditunggu-tunggu yang hilang dan yang akan kembali untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman.

ii. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 206H - 329H. Hal ini dijelaskan dalam kitab as-Syiah Wa al-Tashih al-Sira' Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu' oleh Doktor Musa al-Musawi, halaman 61.

8) Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah SWT.

i. Mereka mempercayai Ali adalah sama taraf dengan Allah di mana beliau adalah sebagai pembahagi ahli Syurga dan ahli Neraka. Perkara ini disebut di dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-khulaini, Jilid 1, halaman 197.

9) Mengkafirkan Para Sahabat.

i. Mereka mempercayai bahawa selepas kewafatan Rasulullah SAW semua sahabat murtad kecuali ahlul bait dan empat orang sahabat iaitu Abu Dzar, Miqdad, Salman al-Farisi dan Ammar bin Yasir. Hal ini dinyatakan dalam kitab al-Anwar al-Nu'maniah oleh al-Syed Nikmatullah al-Musawi, halaman 81.

10) Menuduh Abu bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah Sebagai Empat Berhala Quraisy Serta Pengikut-Pengikut Mereka adalah Musuh Allah.

i. Golongan Syiah menuduh Abu bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy dan pengikut mereka dikatakan musuh Allah. Perkara ini dijelaskan dalam kitab al-Tafsir oleh Muhammad bin Mas'ud bin 'Iyasy al-Salami al-Samarqandi, juzu' 1, halaman 116.

11) Hanya Ali Menghimpunkan Al-Quran Dengan Sempurna.

i. Mereka menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpunkan dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini,Jilid 1, halaman 228. Al-Quran yang ada pada umat Islam sekarang sama ada di dalam mashaf atau yang dilafaz dianggap telah diseleweng. Al-Quran yang sebenarnya ada pada Saidina Ali bin Abi Thalib, kemudian beliau telah mewariskan kepada Imam yang selepasnya dan sekarang ini ada pada Imam kedua belas mereka iaitu Imam Mahdi al-Muntazar. Selepas Imam ini turun barulah al-Quran yang sebenar akan dikemukakan pada orang ramai, mengikut kepercayaan Syiah.

ii. Selain daripada itu, puak Syiah mempunyai pandangan yang khas dalam mentafsirkan al-Quran dan mentakwilkannya. Antara contoh tafsiran Syiah adalah seperti berikut :
  • Mereka mentafsirkan firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 51 iaitu "dengan itu janganlah kamu menjadikan dua orang Imam sebenarnya ambillah satu imam sahaja".
  • Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 238 dengan maksud "(al-Solah) ialah Rasulullah, Amirul Mukminin, Hasan dan Husain, manakala (al-Wusto) ialah Amirul Mukminin, (waqumu lillahi qonitin) ialah taat terhadap Imam-Imam.
  • Firman Allah SWT dalam surah al-Naba' ayat 1-2. Mereka mentafsirkan (al-Naba') ialah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib.

12)Menambah Syahadah

i. Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam Syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini,jilid 1, halaman 441.


13) Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah sekalipun Hadith Mutawatir. Mereka berpegang kepada empat kitab-kitab hadith sahaja, dan dengannyalah mereka beramal untuk sepanjang zaman. Kitab tersebut adalah Al-Kafi Fi Usul Wa Al-Furu', Man La Yakhdarah Al-Faqih, Tahzib Ahkam, dan Al-Istibsor Fima Ikhtilafiyyah Min Akhbar.

i. Al-Kafi Fi Usul Wa al-Furu', karangan Muhammad bin Yaakub Al-Khulaini, digelar oleh puak Syiah sebagai Thiqah AL-Islam. Kitab ini adalah kitab yang terulung agama Syiah. Periwayatannya disandarkan terus kepada salah seorang Imam 12 bukannya kepada Rasulullah SAW.

ii. Mereka berpendapat bahawa tiada bezanya di antara imam-imam itu dengan Rasulullah SAW. Imam yang paling banyak disandarkan kepadanya ialah Imam Jaafar As-Sodiq. Kitab ini mengandungi riwayat-riwayat yang menghina dan mengaibkan Al-Quran dengan mengatakan ianya ada kekurangan dan terseleweng.

iii. Mereka hanya berpegang dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Bait.

iv. Mereka juga pantang menerima apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Samurah b. jundub, Marwan b. al-Hakam, Imran b. Hathan al-Khariji dan Amru b. al-As. Pegangan ini disebutkan di dalam buku Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad al-Husain Aali Kasyif al-Ghita', halaman 149.

About Me

My Photo
slash
Makna Kebahgiaan. Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya. Yusuf al-Qardawi
View my complete profile

Makluman!!

Assalamualaikum..artikel-artikel di dalam blog ini bukan hasil tulisan saya semuanya. Ini adalah hasil koleksi saya dari buku, laman web orang lain, surat khabar dan sebagainya. Anda bebas untuk mengambil mana-mana artikel yang diperlukan. Terima Kasih.

Islamic Widget

Followers