Sunday, January 24, 2010

Islam adalah penyelesaian

Islam adalah penyelesaian bagi semua pertikaian dalam kehidupan manusia. Islam adalah penyelesaian bagi semua perbalahan. Islam adalah agama suci yang di anuti oleh semua penghuni dunia ini yg mendapat taufik dan hidayah oleh Allah SWT. Tidak mengira warna kulit dan rupa, semuanya akan di letakkan di bawah satu payung.. Iaitu payung kalimah Lailaha' illallah muhammadurrasulullah.. Inilah kelebihan agama Islam yang suci. Satu-satunya agama yang diterima oleh Allah hanyalah Islam.
Islam juga membentuk akhlak yang mulia, bertimbang rasa tertera didalam jiwa setiap penganutnya yang btl2 menghayati Islam. Bantu-membantu adalah budayanya, hormat-menghormati tak dipaksa. Islam menyeru perpaduan, bersatu dalam membina kebaikan. Bersama memerangi kejahatan agar hidup didalam dunia ini penuh dengan keharmonian... Islam adalah penyelesaian..
Islam mendokong keamanan, kemajuan didalam kehidupan. Di seimbangkan dengan dua tuntutan, cetusan untuk kebahagiaan. Islam adalah agama yang sempurna. Memandu dan memimpin kita semua hidup didunia dengan bahagia rohani dan jasmani. Dan Allah telah membeli harta-harta, kehidupan orang yang beriman dan bertaqwa dengan syurga Allah diakhirat sana.
Islam adalah pilihan yang paling tepat. Islam adalah tuntutan kehidupan. Fahamilah dan hayatilah ia dengan sesungguh-sungguhnya. Islam penyelesai masalah.. Islam adalah penyelesaian




About Me

My Photo
slash
Makna Kebahgiaan. Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya. Yusuf al-Qardawi
View my complete profile

Makluman!!

Assalamualaikum..artikel-artikel di dalam blog ini bukan hasil tulisan saya semuanya. Ini adalah hasil koleksi saya dari buku, laman web orang lain, surat khabar dan sebagainya. Anda bebas untuk mengambil mana-mana artikel yang diperlukan. Terima Kasih.

Islamic Widget

Followers