Koleksi Hadis Amat Dhaif Dan Palsu 1
Mengenai iman,Tauhid,Islam dan Deen
1. Dunia ini selangkah orang Mu' min
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Dunia ini selangkah orang Mu' min
Kata Ibnu Taimiah : Hadith ini adalah Maudhu'
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 118
2. Pandangan baik orang mukmin maka baiklah di sisi Allah
Ahmad , Ath-Thayalisi dan Abu Sa'id bin Al-'Arabi mentakhrijkan dari jalan ' Aashim dari Zarr bin Hubais dari Ibnu Mas'ud katanya :
Ertinya: Apa - apa yang dipandang baik oleh orang - orang Islam maka baiklah ia di sisi Allah, dan apa - apa yang dipandang jelek oleh orang - orang Islam maka jeleklah ia di sisi Allah
Hadith ini diriwayatkan pula oleh Al-Khatib tetapi dari Abu Waail , ganti Zirr bin Hubais
Kata Al-Albani : Hadith ini tiada asalnya dari sabda Nabi s.a.w. Ia hanya diriwayatkan secara mauquf atas Ibnu Mas'ud , ertinya ia bukan sabda Rasulullah s.a.w. tetapi ia adalah perkataan Ibnu Mas'ud
Hadith ( Aathar ) ini adalah lanjutan dari ucapan Ibnu Mas'ud yang berkata :
Ertinya: Bahawasanya Allah menilik pada hati - hati para hamba-Nya lalu Ia dapati hati Muhammad s.a.w. adalah sebaik - baik hati para hamba-Nya lantas Ia memilihnya untuk diri-Nya dan mengutuskan dengan membawa risalahnya . Kemudian ia menilik hati - hati para hamba-Nya sesudah hatinya Muhammad s.a.w. maka Ia dapatinya hati-hati para sahabatnya adalah sebaik-baik hati para hambanya lalu ia menjadikan mereka wazir-wazir Nabinya, mereka berperang di atas agama Nabinya , maka apa - apa yang dipandang baik oleh orang - orang Islam .....................
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 121
3. Cintakan tanahair adalah sebahagian dari iman
Al-Albani menyebutkan dalam Silsilah bahawa dikatakan Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Cintakan tanahair adalah sebahagian dari iman
Al-Albani berkata : Ash-Shaghani berkata ; Hadith ini adalah Maudhu'
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 61
4. Barangsiapa yang mengenal akan dirinya nescaya kenallah dia Tuhannya.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Barangsiapa yang mengenal akan dirinya nescaya kenallah dia Tuhannya.
Kata Al-Albani : Hadith ini tiada asalnya. Dan Al-Fairuz Abadi berkata : Dia bukanlah Hadith Nabi s.a.w. Dan ada sebahagian mengatakan bahawa dia adalah perkataan hukama ' (*)
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 64
5. Cintakan orang - orang Arab itu adalah iman
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Cintakan orang - orang Arab itu adalah iman dan bencikan kepada mereka adalah nifaq .
Hadith ini ditahkrijkan oleh Al-Hakim dan beliau berkata : Hadith ini Shahih sanadnya . Pendapat Al-Hakim ini disanggah oleh Az-Zahabi dan beliau berkata : Al- Haitham bin Jammaz yang terdapat dalam sanadnya adalah matruk dan Ma'qil pula adalah Dha'if. Berdasarkan keterangan Az-Zahabi ini , maka Hadith ini adalah sangat Dha'if .
About Me
- slash
- Makna Kebahgiaan. Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya. Yusuf al-Qardawi
0 komen:
Post a Comment