Thursday, April 5, 2012
SYIAH : KESIMPULAN
10:16 AM |
Di sediakan oleh
slash |
Edit Post
Syiah merupakan suatu kebimbangan buat semua umat Islam. Pengaruhnya menular ke dalam kehidupan umat Islam melalui pelbagai cara. Umat Islam dikelirukan dengan mazhab Syiah yang dianggap sebagai salah satu dari mazhab Islam yang mana tiada sebarang perselisihan dari sudut aqidah dan syariat. Penyelewengan-penyelewengan inilah yang mempengaruhi umat Islam agar menerima Syiah.
Mereka telah berjaya menyakinkan beberapa golongan rakyat Malaysia supaya bersembahyang mengikut cara Syiah iaitu dengan cara meluruskan tangan ke bawah semasa berdiri qiyam serta meletakkan tanah atau batu di tempat sujud untuk bersujud di atasnya. Perlakuan begini adalah salah satu pengaruh Syiah dalam ibadah yang mana ia berlaku tanpa ada halangan atau teguran berasaskan konsep kebebasan beragama dan beribadat.
Selain itu, keberanian golongan Syiah di Malaysia mulai ketara apabila mereka memohon perlindungan hak asasi manusia berpaksikan Perlembagaan Malaysia agar dilindungi oleh pihak yang berwajib. Kebebasan dalam menyebarkan ajaran Syiah tanpa ada halangan dituntut golongan ini agar mereka juga dapat melebarkan pengaruh Syiah sebagaimana penyebaran dan amalan agama-agama lain di Malaysia. Tradisi pembacaan Kisah pembunuhan Saidina Husain, memukul badan sendiri sehingga berdarah sebagai tanda penyucian dosa dan mengadakan majlis sempena sambutan-sambutan tertentu telah wujud dalam bentuk gambar dan suara di laman-laman web internet. Mereka juga melebarkan fahaman Syiah di Malaysia dengan menterjemah buku-buku ke dalam berbagai bahasa dan mengedarkan risalah mengenai Syiah.
Umat Islam perlu sedar bahawa jurang pemisah besar antara Sunni dan Syiah adalah dari sudut aqidah. Terlalu banyak penyelewengan dari sudut aqidah yang jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Keadaan inilah yang menyebabkan jalan menyatukan keduanya tertutup rapat dan tiada penyelesaian. Oleh itu, setiap muslim perlu berwaspada dengan dakyah golongan ini sepertimana yang telah dijelaskan agar terselamat dari terjebak dengan ideologi mereka dan bersama mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di bumi Malaysia ini.
Wallahu'alam bissowab..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- slash
- Makna Kebahgiaan. Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya. Yusuf al-Qardawi
Facebook Badge
Makluman!!
Assalamualaikum..artikel-artikel di dalam blog ini bukan hasil tulisan saya semuanya. Ini adalah hasil koleksi saya dari buku, laman web orang lain, surat khabar dan sebagainya. Anda bebas untuk mengambil mana-mana artikel yang diperlukan. Terima Kasih.
0 komen:
Post a Comment