Sunday, May 6, 2012
Tsa’labah : Ahli Badar Yang Teraniaya
8:17 AM |
Di sediakan oleh
slash |
Edit Post
Cerita
tentang Tsa’labah seringkali kita dengar terutamanya bila isu tentang
zakat dibincang. Kisah ini diceritakan dalam kelas-kelas pengajian,
ceramah ugama malah juga di mimbar-mimbar khutbah Jumaat.
Ceritanya begini:
Tsa’labah
ialah seorang muslim yang taat di mana beliau tidak pernah meninggalkan
sembahyang jemaah lima waktu bersama nabi s.a.w. Beliau amat miskin
sehingga terpaksa balik ke rumah lebih awal untuk berkongsi kain dengan
isterinya. Lantaran kemiskinan yang melampau, beliau meminta supaya nabi
s.a.w. mendoakannya supaya diberi kekayaan. Nabi s.a.w. pada mulanya
enggan mendoakan Tsa’labah atas alasan kekayaan akan mejadi fitnah
kepadanya , tetapi setelah didesak, baginda s.a.w. pun mendoakannya.
Berkat doa nabi s.a.w., kambing yang dipelihara Tsa’labah membiak dengan
banyak dan cepat.
Kesibukan
menguruskan ternakannya menyebabkan beliau mulai cuai dalam ibadatnya.
Pada mulanya beliau tertinggal satu dua sembahyang jemaah tetapi
akhirnya beliau lansung tidak berjemaah. Untuk mengembangkan ternakannya
beliau berpindah ke kawasan pendalaman dan hubungannya dengan muslimin
yang lain terputus.
Nabi
s.a.w. menghantar utusan untuk mengutip zakat tetapi beliau enggan
mengeluarkan zakat malah memperlekehkan kewajipan itu. Sebelum kewafatan
nabi s.a.w. beliau merasa insaf dan bertaubat serta ingin mengeluarkan
zakat kepada nabi s.a.w. tetapi ditolak. Selepas kewafatan nabi s.a.w.
beliau berjumpa dengan Khalifah Abu Bakar r.a. untuk mengeluarkan zakat
tetapi ditolak oleh Abu Bakar atas alasan beliau tidak dapat menerima
zakat itu kerana Rasulullah s.a.w. tidak menerima zakat sa’labah semasa
hidup baginda.. Begitu juga di zaman permeritahan Sayyidina Umar
al-Khattab r.a.
Akhirnya beliau mati dalam keadaan kufur!
Persoalannya :
Siapakah Tsa’labah ini?
Mengapa seseorang yang menyesali perbuatannya dan ingin bertaubat tidak diterima taubatnya?
Tsa’labah
yang diceritakan di sini sebenarnya adalah salah seorang dari mereka
yang menyertai peperangan Badar. Sebagaimana dimaklumi, ahli Badar telah
dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. Dengan kenyataan ini tidak timbul
soal keingkaran dan seterusnya mati dalam kekufuran. Riwayat ini adalah
bermotif jahat untuk memburukkan sahabat r.a. Bila diteliti, di antara
mereka yang mengaitkan Tsa’labah dengan perbuatan derhaka ini ialah Ali
bin Zaid. Seorang yang dituduh sebagai penganut Syiah oleh majoriti
ulama’ rijal. Sesuai dengan fahaman Syiah yang sentiasa mencari peluang
untuk memburukkan sahabat r.a. (yang sebenarnya untuk menyerang peribadi
Rasulullah s.a.w. juga) , cerita ini adalah salah satu senjata yang
nampaknya tepat pada sasaran dan kini , ulama-ulama ahli Sunnah pula
mengambil tempat mempopularkan hikayat karut ini.
Persoalan
kedua, mengapakah Rasulullah s.a.w. menolak taubat dari seorang mukmin
yang telah menyesali kesalahannya. Bukankah Rasulullah s.a.w. bekerja
tanpa henti untuk menarik manusia kepada Islam dan mengingatkan mereka
supaya sentiasa bertaubat. Dan adalah tidak masuk akal untuk mengatakan
Rasulullah s.a.w. merajuk kerana tidak ditaati bila baginda
memerintahkan untuk dipungut zakat pada pertama kalinya.
Penyebaran
riwayat ini perlu dihentikan . Kepada sesiapa yang terlanjur
meriwayatkannya samada melalui tulisan, ceramah atau lain-lain diharap
dapat membetulkan fakta ini kepada audien masing-masing.
Sesungguhnya
kepercayaan dan kecintaan kepada sahabat r.a. adalah di antara paksi
tertegaknya agama ini kerana melalui merekalah al-Quran dan sunnah kita
dapati hari ini.
Label:
Siri Pemurnian Sejarah
|
0
komen
Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala (part akhir)
7:15 AM |
Di sediakan oleh
slash |
Edit Post
Tetapi
setelah golongan Syiah pada ketika itu merasakan perancangan mereka
semua akan gagal apabila perjanjian damai di antara pihak Sayyidina Ali
dan Muawiyah dipersetujui, maka golongan Syiah yang merupakan musuh-mush
Islam yang menyamar atas nama Islam itu memikirkan diri mereka tidak
selamat apabila perdamaian antara Sayyidina Ali dan Muawiyah berlaku.
Maka segolongan dari mereka telah mengasingkan diri daripada mengikuti
Sayyidina Ali dan mereka menjadi golongan Khawarij sementara segolongan
lagi tetap berada bersama Sayyidina Ali. Perpecahan yang berlaku ini
sebanarnya satu taktik mereka untuk mempergunakan Sayyidina Ali demi
kepentingan mereka yang jahat itu dan untuk berselindung di sebalik
beliau daripada hukuman kerana pembunuhan Khalifah Utsman.
Sayyidina
Hasan pula pernah ditikam oleh golongan Syiah pehanya sehingga tembus
kemudian mereka menunjukkan pula kebiadapannya terhadap Sayyidina Hasan
dengan merampas harta bendanya dan menarik kain sejadah yang diduduki
oleh Sayyidina Hasan. Ini semua tidak lain melainkan kerana Sayyidina
Hasan telah bersedia untuk berdamai dengan pihak Sayyidina Muawiyah.
Bahkan bukan sekadar itu saja mereka telah menuduh Sayyidina Hasan
sebagai orang yang menghinakan orang-orang Islam dan sebagai orang yang
menghitamkan muka orang-orang Mukmin.
Kebiadaban
Syiah dan kebusukan hatinya ditujukan juga kepada Imam Jaafar As Shadiq
bila seorang Syiah yang sangat setia kepada Imam Jaafar As Shadiq iaitu
Rabi' menangkap Imam Jaafar As Shadiq dan membawanya kehadapan Khalifah
Al-Mansur supaya dibunuh. Rabi' telah memerintahkan anaknya yang paling
keras hati supaya menyeret Imam Jaafar As Shadiq dengan kudanya. Ini
tersebut di dalam kitab Jilaau Al ' Uyun karangan Mulla Baqir Majlisi.
Di
dalam kitab yang sama pengarangnya juga menyebutkan kisah pembunuhan
Ali Ar Ridha iaitu Imam yang ke lapan di sisi Syiah, bahawa beliau telah
dibunuh oleh Sabih Dailamy, seorang Syiah kental dengan perintah Al
Makmun. Bagaimanapun diceritakan bahawa selepas dibunuh itu Imam Ar
Ridha dengan mukjizatnya terus hidup kembali dan tidak ada langsung
kesan-kesan pedang di tubuhnya.
Bagaimanapun
Syiah telah menyempurnakan tugasnya untuk membunuh Imam Ar Ridha. Oleh
itu tidaklah hairan golongan yang sampai begini biadapnya terhadap
Imam-imam boleh membunuh Sayyidina Husain tanpa belas kasihan di medan
Karbala.
Boleh
jadi kita akan mengatakan bagaimana mungkin pengikut-pengikut setia
Imam-imam ini yang dikenali dengan 'syiah' boleh bertindak kejam pula
terhadap Imam-imamnya? Tidakkah mereka sanggup mempertahankan nyawa demi
mempertahankan Iman-imam mereka? Secara ringkas bolehlah kita katakan
bahawa 'perasaan kehairanan' yang seperti ini mungkin timbul dari dalam
fikiran Syiah, yang tidak mengetahui latar belakang kewujudan Syiah itu
sendiri. Mereka hanya menerima secara membabi buta daripada orang-orang
terdahulu. Adapun orang-orang yang mengadakan sesuatu fahaman dengan
tujuan-tujuan yang tertentu dan masih hidup ketika mana ajaran dan
fahaman itu mula dikembangkan tentu sekali mereka sedar maksud dan
tujuan mereka mengadakan ajaran tersebut. Pada lahirnya mereka
menunjukkan taat setia dan kasih sayang kepada Imam-imam itu, tetapi
pada hakikatnya adalah sebaliknya.
2.
Di antara bukti yang menunjukkan tidak ada peranan Yazid dalam
pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala, bahkan golongan Syiahlah yang
bertanggungjawab membunuh beliau bersama dengan ramai orang-orang yang
ikut serta di dalam rombongan itu, ialah adanya hubungan persemendaan di
antara Bani Hasyim dan Bani Umayyah, selepas berlakunya peperangan
Siffin dan juga selepas berlakunya peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain
di Karbala.
Tidak
mungkin orang-orang yang bermaruah seperti kalangan Ahlul Bait akan
berkahwin dengan orang-orang yang diketahui oleh mereka sebagai
pembunuh-pembunuh atau orang-orang yang bertanggungjawab di dalam
membunuh ayah, datuk atau bapa saudara mereka Sayyidina Husain. Hubungan
ini selain daripada menunjukkan pemerintah-pemerintah dari kalangan
Bani Muawiyah dan Yazid sebagai orang yang tidak bersalah di dalam
pembunuhan ini, ia juga menunjukkan mereka adalah golongan yang banyak
berbudi kepada Ahlul Bait dan sentiasa menjalinkan ikatan kasih sayang
di antara mereka dan Ahlul Bait.
Di antara contoh hubungan persemendaan ini ialah:
(1)
Anak perempuan Sayyidina Ali sendiri bernama Ramlah telah berkahwin
dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah iaitu saudara
kepada Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan. (Ibn Hazm-Jamharatu Al
Ansab, m.s. 80)
(2)
Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali berkahwin dengan Amirul
Mukminin Abdul Malik sendiri iaitu khalifah yang ke empat daripada
kerajaan Bani Umaiyah. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s. 69)
(3)
Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali iaitu Khadijah berkahwin
dengan anak gabenor 'Amir bin Kuraiz dari Bani Umaiyah bernama Abdul
Rahman. (Jamharatu An Ansab, m.s. 68). 'Amir bin Kuraiz adalah gabenor
bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal dia berada di
pihak lawan Sayyidina Ali.
Cucu
Sayyidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah berkahwin dengan
pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan sejarah telah mencatatkan
6 orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan mereka iaitu:-
1. Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul Mukminin Al Walid bin Abdul Malik bin Marwan.
2. Zainab
bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga telah berkahwin dengan
Khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Zainab ini adalah di antara orang
yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah dan dia
adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan Sayyidina
Husain di Karbala dengan mata kepalanya sendiri.
3. Ummu
Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali berkahwin dengan cucu
Sayyidina Uthman iaitu Marwan bin Aban. Ummu Qasim ini selepas kematian
suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al Husain.
4. Cucu perempuan Sayyidina Hasan yang keempat telah berkahwin dengan anak kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu Muawiyah.
5. Cucu
Sayyidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah bt Hasan Al Mutsanna
berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam iaitu
Ismail bin Abdul Malik.
6. Cucu
Sayyidina Hasan yang keenam bernama Khadijah bt Husain bin Hasan bin
Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin Abdul Malik yang tersebut
tadi sebelum sepupunya Hammaadah.
Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut ada meninggalkan zuriat.
Dari
kalangan anak cucu Sayyidina Husain pula ramai yang telah menjalinkan
perkahwinan dengan individu-individu dari keluarga Bani Umaiyah,
antaranya ialah:-
(1)
Anak perempuan Sayyidina Husain yang terkenal bernama Sakinah. Selepas
beberapa lama terbunuh suaminya Mus'ab bin Zubair, beliau telah
berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagh bin Abdul
Aziz bin Marwan. Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul Mukminin Umar
bin Abdul Aziz sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada
Amirul Mukminin Yazid iaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al -Ansab)
(2)
Sakinah anak Sayyidina Husain yang tersebut tadi pernah juga berkahwin
dengan cucu Sayyidina Uthman yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman.
Sementara
anak cucu kepada saudara-saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali
dan lain-lain juga telah mengadakan perhubungan persemendaan dengan
keluarga Umaiyah. Di antaranya yang boleh disebutkan ialah:-
Cucu
perempuan kepada saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali bernama
Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas bin Ali berkahwin dengan cucu Amirul
Mukminin Yazid yang bernama Abdullah bin Khalid bin Yazid bin Muawiyah.
Datuk kepada Nafisah ini iaitu Abbas bin Ali adalah di antara orang yang
ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah. Beliau terbunuh
dalam pertempuran di medan Karbala .
Sekiranya
benar cerita yang diambil oleh ahli -ahli sejarah dari Abu Mukhnaf,
Hisyam dan lain–lain tentang kezaliman Yazid di Karbala yang dikatakan
telah memerintah supaya tidak dibenarkan setitik pun air walaupun kepada
kanak–kanak yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain itu
sehingga mereka mati kehausan apakah mungkin perkahwinan di antara cucu
kepada Abbas ini berlaku dengan cucu Yazid. Apakah kekejaman–kekejaman
yang tidak ada tolak bandingnya seperti yang digambarkan di dalam
sejarah boleh dilupakan begitu mudah oleh anak – anak cucu orang–orang
yang teraniaya di medan Karbala itu? Apa lagi jika dilihat kepada zaman
berlakunya perkahwinan mereka ini, bukan lagi di zaman kekuasaan
keluarga Yazid, bahkan yang berkuasa pada ketika itu ialah keluarga
Marwan. Di sana tidak terdapat satu pun alasan untuk kita mengatakan
perkahwinan itu berlaku secara kekerasan atau paksaan.
Perkahwinan
mereka membuktikan kisah–kisah kezaliman yang dilakukan oleh tentera
Yazid ke atas rombongan Sayyidina Husain itu cerita–cerita rekaan oleh
Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain–lain.
Cucu
perempuan kepada saudara Sayyidina Husain, Muhammad bin Ali (yang
terkenal dengan Muhammad bin Hanafiyah) bernama Lubabah berkahwin dengan
Said bin Abdullah bin Amr bin Said bin Al Ash bin Umaiyah. Ayah kepada
Lubabah ini ialah Abu Hisyam Abdullah yang dipercayai sebagai imam oleh
Syiah Kaisamyyah .
Demikianlah
serba ringkasnya dikemukakan hubungan persemendaaan yang berlaku di
antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim terutamanya dari anak cucu
Sayyidina Ali, Hasan dan Husain. Hubungan persemendaan di antara mereka
sangat banyak terdapat di dalam kitab-kitab Ansab dan sejarah. Maklumat
lebih lanjut boleh dirujuk dari kitab–kitab seperti Jamratu Al Ansab, Nasbu Quraisy, Al Bidayah Wa An Nihayah, Umdatu Al Thalib Fi Ansab Aal Abi Thalib dan lain–lain .
Saringan oleh www.darulkautsar.net dari artikel asal oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff
Label:
Siri Pemurnian Sejarah
|
0
komen
Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala (part 2 )
7:14 AM |
Di sediakan oleh
slash |
Edit Post
Beliau juga berkata kepada Syiah:
"Binasalah
kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan perang dendammu dari
sarung-sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang ada di
antara kamu dengan kami? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul
Bait tanpa sebarang sebab? " (Ibid).
Akhirnya beliau mendoakan keburukan untuk golongan Syiah yang sedang berhadapan untuk bertempur dengan beliau:
"Ya
Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan selerakkanlah mereka.
Jadikanlah hati-hati pemerintah terus membenci mereka kerana mereka
menjemput kami dengan maksud membela kami tetapi sekarang mereka
menghunuskan pedang dendam terhadap kami ". (Ibid)
Beliau
juga dirakamkan telah mendoakan keburukan untuk mereka dengan
kata-katanya: "Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia
dan di akhirat……..Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul
pedang-pedang di atas tubuhmu dan mukamu akan menumpahkan darah kamu
sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak
akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan
untukmu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh
orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya". (Mulla Baqir
Majlisi-Jilaau Al'Uyun, m.s. 409).
Daripada kata-kata Sayyidina Husain yang dipaparkan oleh sejarawan Syiah sendiri, Mulla Baqir Majlisi, dapat disimpulkan bahawa:
(i)
Diayah yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam menerusi penulisan
sejarah bahawa pembunuhan Ahlul Bait di Karbala merupakan balas dendam
dari Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait yang telah membunuh
pemimpin-pemimpin Bani Umayyah yang kafir di dalam peperangan Badar,
Uhud, Siffin dan lain-lain tidak lebih daripada propaganda kosong
semata-mata kerana pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain dan Ahlul Bait di
Karbala bukannya datang dari Syam, bukan juga dari kalangan Bani Umayyah
tetapi dari kalangan Syiah Kufah.
(ii)
Keadaan Syiah yang sentiasa diburu dan dihukum oleh kerajaan-kerajaan
Islam di sepanjang sejarah membuktikan termakbulnya doa Sayyidina Husain
di medan Karbala ke atas Syiah.
(iii)
Upacara menyeksa tubuh badan dengan memukul tubuhnya dengan rantai,
pisau dan pedang pada 10 Muharram dalam bentuk perkabungan yang
dilakukan oleh golongan Syiah itu sehingga mengalir darah juga merupakan
bukti diterimanya doa Sayyidina Husain dan upacara ini dengan jelas
dapat dilihat hingga sekarang di dalam masyarakat Syiah.
Adapun
di kalangan Ahlus Sunnah tidak pernah wujud upacara yang seperti ini
dan dengan itu jelas menunjukkan bahawa merekalah golongan yang
bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain.
(iv)
Betapa kejam dan kerasnya hati golongan ini dapat dilihat pada tindakan
mereka menyembelih dan membunuh Sayyidina Husain bersama dengan sekian
ramai ahli keluarganya walaupun setelah mendengar ucapan dan doa
keburukan untuk mereka yang dipinta oleh beliau. Itulah dia golongan
yang buta mata hatinya dan telah hilang kewarasan pemikirannya kerana
sebaik saja mereka selesai membunuh, mereka melepaskan kuda Zuljanah
yang ditunggangi Sayyidina Husain sambil memukul-mukul tubuh untuk
menyatakan penyesalan. Dan inilah dia upacara perkabungan pertama
terhadap kematian Sayyidina Husain yang pernah dilakukan di atas muka
bumi ini sejauh pengetahuan sejarah. Dan hari ini tidakkah anak cucu
golongan ini meneruskan upacara perkabungan ini setiap kali tibanya 10
Muharram?
Ali
Zainal Abidin anak Sayyidina Husain yang turut serta di dalam rombongan
ke Kufah dan terus hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata
kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan
mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis, dalam keadaan sakit
beliau dengan suara yang lemah berkata kepada mereka, " Mereka ini
menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain
mereka ?" (At Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).
Pada
halaman berikutnya Thabarsi menukilkan kata-kata Imam Ali Zainal Abidin
kepada orang-orang Kufah. Kata beliau, " Wahai manusia (orang-orang
Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu,
ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada
ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu
telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu
membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk
yang telah kamu dahulukan untuk dirimu".
Sayyidatina
Zainab, saudara perempuan Sayyidina Husain yang terus hidup selepas
peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk golongan Syiah Kufah.
Katanya, " Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu
menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana
kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu.
Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian
dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah
berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami padahal kamu
sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi
Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli
keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak
akan hilang walau dibasuh dengan air apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms
424).
Doa anak Sayyidatina Fatimah ini tetap menjadi kenyataan dan berlaku di kalangan Syiah hingga ke hari ini.
Ummu
Kulthum anak Sayyidatina Fatimah pula berkata sambil menangis di atas
segedupnya, " Wahai orang-oang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu.
Buruklah hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain
kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya
dan menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke
atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu".
Beliau
juga berkata, " Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari
kalangan kamu membunuh kami sementara orang-orang perempuan pula
menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari
kiamat nanti". (Ibid, ms 426-428)
Sementara
Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain pula berkata, " Kamu telah
membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian telah membunuh
datukku Ali (Sayyidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari
hujung-hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya.
Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan berterusan
menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat
perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-pedang di
dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang
pedih ".
Apa
yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah bt. Husain ini dapat dilihat
dengan mata kepala kita sendiri di mana-mana Syiah berada.
Dua
bukti utama yang telah kita kemukakan tadi, sebenarnya sudah mencukupi
untuk kita memutuskan siapakah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain di
Karbala. Daripada keterangan dalam kedua-dua bukti yang lalu dapat kita
simpulkan beberapa perkara :
1. Orang-orang yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk memberontak adalah Syiah.
2. Orang-orang yang tampil untuk bertempur dengan rombongan Sayyidina Husain di Karbala itu juga Syiah.
3. Sayyidina
Husain dan orang-orang yang ikut serta di dalam rombongannya terdiri
daripada saudara- saudara perempuannya dan anak-anaknya menyaksikan
bahwa Syiahlah yang telah membunuh mereka.
4. Golongan
Syiah Kufah sendiri mengakui merekalah yang membunuh di samping
menyatakan penyesalan mereka dengan meratap dan berkabung kerana
kematian orang-orang yang dibunuh oleh mereka.
Mahkamah
di dunia ini menerima keempat-empat perkara yang tersebut tadi sebagai
bukti yang kukuh dan jelas menunjukkan siapakah pembunuh sebenar di
dalam sesuatu kes pembunuhan, iaitu bila pembunuh dan yang terbunuh
berada di suatu tempat, ada orang menyaksikan ketika mana pembunuhan itu
dilakukan. Orang yang terbunuh sendiri menyaksikan tentang pembunuhnya
dan kemuncaknya ialah pengakuan pembunuh itu sendiri. Jika keempat-empat
perkara ini sudah terbukti dengan jelas dan diterima oleh semua
mahkamah sebagai kes pembunuhan yang cukup bukti-buktinya, maka
bagaimana mungkin diragui lagi tentang pembunuh- pembunuh Sayyidina
Husain itu ?
II. BUKTI-BUKTI SOKONGAN
Walaubagaimanapun
kita akan mengemukakan lagi beberapa bukti sokongan supaya lebih
menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh
Sayyidina Husain. Di antaranya ialah :
1.
Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai pembunuh Sayyidina Husain
apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap terhadap Sayyidina
Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap mereka yang
biadap terhadap orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai Imam
selepas Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang
menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa
orang Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam-
imam itu dengan menyebar luaskan propaganda- propaganda mereka terhadap
tertuduh itu.
Di
antara kebiadapan mereka terhadap Sayyidina Ali ialah mereka menuduh
Sayyidina Ali berdusta dan mereka pernah mengancam untuk membunuh
Sayyidina Ali. Bahkan Ibnu Muljim yang kemudiannya membunuh Sayyidina
Ali itu juga mendapat latihan serta didikan untuk menentang Sayyidina
Utsman di Mesir dan berpura-pura mengasihi Sayyidina Ali. Dia pernah
berkhidmat sebagai pengawal Sayyidina Ali selama beberapa tahun di
Madinah dan Kufah.
Di
dalam Jilaau Al' Uyun disebutkan bahawa Abdul Rahman Ibn Muljim adalah
salah seorang daripada kumpulan yang terhormat yang telah dikirimkan
oleh Muhammad bin Abu Bakr dari Mesir. Dia juga telah berbai'ah dengan
memegang tangan Sayyidina Ali dan dia juga berkata kepada Sayyidina
Hasan, " Bahawa aku telah berjanji dengan Tuhan untuk membunuh bapamu
dan sekarang aku menunaikannya. Sekarang wahai Hasan jika engkau mahu
membunuhku, bunuhlah. Tetapi kalau engkau maafkan aku, aku akan pergi
membunuh Muawiyah pula supaya engkau terselamat daripada kejahatannya".
(Jilaau Al U'yun, ms 218)
Insya'Allah bersambung lagi di bahagian terakhir...
Label:
Siri Pemurnian Sejarah
|
0
komen
Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala (part 1)
7:11 AM |
Di sediakan oleh
slash |
Edit Post
Seorang
tokoh Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana Ali Ahmad Abbasi menulis
di dalam bukunya "Hazrat Mu'aawiah Ki Siasi Zindagi" bahawa di dalam
sejarah Islam, ada dua orang yang sungguh kontroversial. Seorang
daripadanya Amirul Mukminin Yazid yang makin lama makin dimusnahkan
imejnya walaupun semasa hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh-tokoh
utama di zaman itu. Seorang lagi ialah Mansor Al Hallaj. Di zamannya dia
telah dihukum sebagai mulhid, zindiq dan salah seorang daripada
golongan qaramithah oleh masyarakat Islam yang membawanya disalib.
Amirul Mukminin Al Muqtadir billah telah menghukumkan beliau murtad
berdasarkan fatwa sekalian ulama dan fuqaha' yang hidup pada waktu itu,
tetapi imejnya semakin cerah tahun demi tahun sehingga akhirnya telah
dianggap sebagai salah seorang ' aulia illah'.
Bagaimanapun
semua ini adalah permainan khayalan dan fantasi manusia yang jauh
daripada berpijak di bumi yang nyata. Semua ini adalah akibat daripada
tidak menghargai dan memberikan penilaian yang sewajarnya kepada
pendapat orang-orang pada zaman mereka masing-masing.
Pendapat
tokoh-tokoh dari kalangan sabahat dan tabi'in yang sezaman dengan Yazid
berdasarkan riwayat-riwayat yang muktabar dan sangat kuat kedudukannya
menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang anak muda yang
bertaqwa, alim, budiman, saleh dan pemimpin ummah yang sah dan
disepakati kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam "Ansabu Al Asyraf"
mengatakan bahawa, " Bila Yazid dilantik menjadi khalifah maka Abdullah
bin Abbas, seorang tokoh dari Ahlul Bait berkata : " Sesungguhnya
anaknya Yazid adalah daripada keluarga yang saleh. Oleh itu tetaplah
kamu berada di tempat-tempat duduk kamu dan berilah ketaatan dan bai'ah
kamu kepadanya" (Ansabu Al Asyraf, jilid 4, m.s. 4).
Sejarawan
Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang setia kepada para Khulafa'
Abbasiah. Beliau telah mengemukakan kata-kata Ibnu Abbas ini di hadapan
mereka dan menyebutkan pula sebelum nama Yazid ' Amirul Mukminin'.
Abdullah
Ibn Umar yang dianggap sebagai orang tua di kalangan sahabat pada masa
itu pula bersikap tegas terhadap orang-orang yang menyokong
pemberontakan yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan Yazid dan
sikap yang begini disebut di dalam Sahih Bukhari bahawa, bila penduduk
Madinah membatalkan bai'ah mereka terhadap Yazid bin Muawiyah maka Ibn
Umar mengumpulkan anak pinak dan sanak saudaranya lalu berkata, " Saya
pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan dipacakkan bendera
untuk setiap orang yang curang (membatalkan bai'ahnya) pada hari kiamat.
Sesungguhnya kita telah berbai'ah kepadanya dengan nama Allah dan
RasulNya. Sesungguhnya saya tidak mengetahui kecurangan yang lebih besar
daripada kita berbai'ah kepada seseorang dengan nama Allah dan
RasulNya, kemudian kita bangkit pula memeranginya. Kalau saya tahu ada
sesiapa daripada kamu membatalkan bai'ah kepadanya dan turut serta di
dalam pemberontakan ini, maka terputuslah perhubungan di antaraku
dengannya". (Sahih Bukhari -Kitabu Al Fitan)
Sebenarnya
jika dikaji sejarah permulaan Islam kita dapati pembunuhan Sayyidina
Husain di zaman pemerintahan Yazidlah yang merupakan fakta terpenting
mendorong segala fitnah dan keaiban yang dikaitkan dengan Yazid tidak
mudah ditolak oleh generasi kemudian. Hakikat inilah yang mendorong
lebih banyak cerita-cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh
musuh-musuh Islam. Tentu sekali orang yang membunuh menantu Rasulullah
s.a.w yang tersayang-dibelai oleh Rasulullah dengan penuh kasih sayang
semasa hayatnya kemudian ditatang pula dengan menyebutkan kelebihan dan
keutamaan-keutamaannya di dalam hadis-hadits Baginda- tidak akan
dipandang sebagai seorang yang berperi kemanusiaan apalagi untuk
mengatakannya seorang soleh, budiman, bertaqwa dan pemimpin umat Islam.
Kerana
itulah cerita-cerita seperti Yazid sering kali minum arak, seorang yang
suka berfoya-foya, suka mendengar muzik dan menghabiskan waktu dengan
penari-penari, begitu juga beliau adalah orang terlalu rendah jiwanya
sehingga suka bermain dengan monyet dan kera, terlalu mudah diterima
oleh umat Islam kemudian.
Tetapi
soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina Husain? Atau benarkah Yazid
memerintahkan supaya Sayyidina Husain dibunuh di Karbala?
Selagi
tidak dapat ditentukan siapakah pembunuh Sayyidina Husain yang
sebenarnya dan terus diucapkan ' Yazidlah pembunuhnya' tanpa soal
selidik yang mendalam dan teliti, maka selama itulah nama Yazid akan
terus tercemar dan dia akan dipandang sebagai manusia yang paling
malang. Tetapi bagaimana jika yang membunuh Sayyidina Husain itu bukan
Yazid ? Kemanakah pula akan kita bawakan segala tuduhan-tuduhan liar,
fitnah dan caci maki yang selama ini telah kita sandarkan pada Yazid itu
?
Jika
kita seorang yang cintakan keadilan, berlapang dada, sudah tentu kita
akan berusaha untuk membincangkan segala keburukan yang dihubungkan
kepada Yazid selama ini dan kita pindahkannya ke halaman rumah pembunuh-
pembunuh Sayyidina Husain yang sebenar. Apalagi jika kita seorang Ahlus
Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu dengan dengan adanya bukti-bukti yang
kuat dan kukuh daripada sumber-sumber rujukan muktabar dan berdasarkan
prinsip-prinsip aqidah yang diterima di kalangan Ahlus Sunnah, kita akan
terdorong untuk membersihkan Yazid daripada segala tuduhan dan
meletakkannya ditempat yang istimewa dan selayak dengannya di dalam
rentetan sejarah awal Islam.
Sekarang
marilah kita pergi ke tengah-tengah medan penyelidikan tentang
pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala bersama-sama dengan sekian ramai
ahli keluarganya.
PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH
Terlebih
dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita secara terus terang dan
terbuka bahawa pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah Yazid
tetapi adalah golongan Syiah Kufah.
Dakwaan
ini berdasarkan beberapa fakta dan bukti-bukti daripada sumber-sumber
rujukan sejarah yang muktabar. Kita akan membahagi-bahagikan bukti-bukti
yang akan dikemukakan nanti kepada dua bahagian :
(1) Bukti-bukti utama
(2) Bukti-bukti sokongan
I. BUKTI-BUKTI UTAMA
Dengan
adanya bukti-bukti utama ini, tiada mahkamah yang dibangunkan untuk
mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan akan memutuskan Yazid sebagai
pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab di dalam
pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid akan dilepaskan dengan penuh
penghormatan dan akan terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi
pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di Karbala.
Bukti
pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa merekalah yang
membunuh Sayyidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah
membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan "At
Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina
Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama
mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai
pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak
lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.
Air
mata darah yang dicurahkan oleh golongan "At Tawaabun" itu masih
kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang
walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.
Pengakuan
Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh
ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti
Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka
masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :
"Sekumpulan
orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah
mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah
dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli
Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji
setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi
tidak berguna apa-apa". (Jilaau Al'Uyun, m.s. 430)
Qadhi
Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al'Mu'minin
bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Sayyidina
Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah
dan berkata, " Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan
janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan
membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali
kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian
ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat
yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan
kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan
yang menjadikan kamu ". (Al Baqarah :54). Kemudian mereka
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam
sejarah Islam dengan gelaran "At Tawaabun".
Sejarah
tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam
pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin
Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada
Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina
Husain. Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk
mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi
apakah yang telah dilakukan olehnya?
Sejarah
memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk
menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari
kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al'Uyun dan
Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)
Adakah
masih ada orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya Syits bin Rab'ie dan
tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi,
seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna
pengakuan daripada pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu.
Lihatlah
pula kepada Qais bin Asy'ats ipar Sayyidina Husain yang tidak diragui
tentang Syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya? Bukankah sejarah
mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut
Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran ? (Khulashatu
Al Mashaaib, m.s. 192)
Selain
daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan merekalah sebenarnya
pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi yang turut
serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di
Karbala yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan
ini termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan
oleh sejarah sebelum beliau terbunuh. Sayyidina Husain berkata dengan
menujukan kata-katanya kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia
bertempur dengan beliau :
"
Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat
maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan
pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu
kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu
dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang
dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-mush di dalam menentang
kami ". (Jilaau Al' Uyun, ms 391).
Insya'Allah akan bersambung...
Label:
Siri Pemurnian Sejarah
|
0
komen
Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya
7:07 AM |
Di sediakan oleh
slash |
Edit Post
*Dari buku: Saidina Mu`awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniya karangan Maulana Muhammad `Asri Yusuf
PROLOG
Rasulullah
s.a.w. bersabda “Tentera dari umatku yang mula-mula berperang dengan
meredah lautan sudah pasti mendapat syurga.”(Sahih Bukhari jilid 1 m.s.
Sahih Muslim jilid 2 m.s. 141-142).
Peristiwa
perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28 Hijrah iaitu
semasa pemerintahan Sayyidina Utsman di bawah pimpinan Mu’awiyah .
(Tarikh Khalifah bin Khayyat jilid 1 m.s. 135, Nasabu al-Quraisyin m.s.
124, Al- Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 229 )
Sahabat
besar Saad bin Abi Waqqas r.a. berkata : “Tak pernah saya melihat
seorang yang lebih pandai memutuskan hukum selepas Sayyidina Utsman
daripada tuan pintu ini ( beliau maksudkan Mu’awiyah) (Al-Bidayah Wa
an-Nihayah jilid 8 m.s. 133)
Seorang
lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a. berkaa: “Tak pernah saya melihat
seorang yang lebih penyantun, lebih layak memerintah, lebih hebat, lebih
lembut hati dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan daripada
Mu’awiyah” ( Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 135)
Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah ditanya : “ Apa kata tuan tentang
Mua’awiyah
dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara mereka yang lebih utama?”.
Mendengar soalan itu Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata:
“Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah!
Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad
bersama-sama Rasulullah (s.a.w.) itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin
Abdul Aziz” (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 139)
Mu’awiyah
r.a. dilantik sebagai salah seorang gabenor oleh Sayyidina Umar r.a.
dan Sayyidina Utsman r.a. selama 20 tahun dan tidak pernah dilucutkan
jawatan tersebut dan selepasnya sebagai khalifah selama 20 tahun. Di
zaman pemerintahannya beliau telah menyatu-padukan ummah di bawah satu
panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama. Pemerintahannya
telah diterima baik oleh sahabat-sahabat besar dan kecil dan tabi’in
tidak terkecuali ahlul bait terutamanya Sayyidina Hasan dan Husain r.a.
Banyak hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu’awiyah r.a. bertebaran di dalam kitab-kitab hadis Muktabar
Demikianlah fakta-fakta yang tenggelam di dalam kamus sejarah kita.
Apa
yang terkenal, yang kita ingat dan kita sebarkan ialah Mu’awiyah ialah
seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik
dan seumpamanya. Sifat-sifat buruk yang jarang terkumpul pada seorang
Islam biasa tetapi dikatakan terdapat pada seorang sahabat r.a. ini.
Lalu apakah sikap kita?
Pertamanya
, perlu kita ingat bahawa Sayyidina Muawiyah r.a. adalah salah seorang
sahabat Rasulullah s.a.w. Aqidah kita terhadap sahabat ialah sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku
kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allh
ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang
dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka” ( Sahih Bukhari ) . Tanpa
perlu ada hujah penyokong yang lain , hujah ini sudah cukup untuk
menolak serangan tidak berasas terhadap peribadi sahabat mulia ini.
Dan
sahabat r.a. ini ditugaskan untuk mencatat wahyu yang diturunkan. Boleh
kah kita bayangkan seorang pencatat wahyu, dokumen paling penting dalam
Islam ialah seorang yang buruk akhlaknya sebagaimana yang digambarkan
di atas.
Objektif
sebenar mereka yang menyebarkan propaganda tentang buruknya akhlak
beliau r.a. mudah diteka iaitu seorang pencatat wahyu yang tidak
beramanah serta berakhlak buruk boleh mencatat apa saja yang sebenarnya
tidak didengarinya dan hasilnya Al-Quran yang ada pada tangan kita pada
hari ini adalah tidak terjamin ketulinannya.
Kenyataan
bahawa Sayyidina Umar telah melantik beliau sebagai Gabenor Syam
sehingga akhir pemerintahannya dan kemudiannya diteruskan oleh Sayyidina
Utsman. Kita tahu betapa cermat, teliti dan ketatnya syarat yang
ditetapkan oleh Sayidina Umar dalam memilih gabenor ini.
Bila
Sayidina Umar dan Usman mengakui ketokohan , keadilan dan keupayaan
Muawiayah r.a., siapakah kita untuk mengatakan beliau seorang
pemutarbelit dan sebagainya.
Bila Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Mu’awiyah r.a. , kita mengatakan beliau tidak boleh dipercayai!!
Pereka-pereka cerita dan penyebar daayah ini ingin meruntuhkan dua sumber asas agama Islam ini iatu al - Quran dan as-Sunnah.
Mereka
adalah golongan Syiah yang kononnya mengaku pengikut setia Sayidina Ali
r.a. , padahal Sayidina Ali sendiri memerangi golongan ini.
Malangnyna
, kita golongan ahli Sunnah dengan senang hati dan rela menyebar
luaskan daayah ini. Cuba ikuti kuliah sejarah Islam di masjid-masjid di
negara ini, atau belek sahaja majalah- majalah agama kontemporari. Kita
memberi wajah baru tentang cerita ini dengan istilah yang lebih sensasi
dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan. Golongan musuh berpeluk
tangan dan kita sedikit demi sedikit meruntuhkan ugama kita tanpa kita
sedar!!
Peribadi
agung Mu’awaiyah perlu dibersihkan untuk membersihkan Islam itu
sendiri. Sukatan pelajaran perlu disemak semula kerana fakta yang kita
sogokkan kepada anak-anak kita bila pertama kalinya mereka didedahkan
dengan sejarah Islam adalah sukar untuk dibersihkan di kemudian hari.
Hendaknya
kita memberitahu masyarakat adalah Mu’awaiyah adalah seorang tokoh
besar yang amat berjasa di dalam Islam. Seorang sahabat muhajirin yang
diakui ahli syurga oleh Rasulullah.s.a.w.. Anak kepada tokoh Islam Abu
Sufian dan Hindun binti Utbah yang diakui oleh Rasulullah sebagai orang
yang paling disayanginya. Adik ipar kepada Rasulullah s.a.w. , adik
kepada Ummul Mu’minin Ummu Habibah r.a. )
Mu’awiyah
r.a telah mendamaikan dua golongan besar dalam Islam dan meluaskan
jajahan takluk Islam seantero dunia. Beliau telah diakui oleh
sahabat-sahabat r.a. termasuk keluarga Sayidina Ali r.a. yang amat akrab
dengannya.
Kita
perlu faham bahwa persengketaan yang berlaku di antara sahabat adalah
angkara musuh Islam yang menyamar sebagai orang Islam yang menyelinap
dan menjalankan jarumnya dari dalam. Sebagai iktibarnya, kita juga harus
berhati-hati kerana musuh sentiasa berusaha dari luar dan dari dalam
untuk memusnahkan Islam.,dan langkah pertama kita ialah terima sahabat
agung ini sebagai seorang sahabat agung yang amat berjasa kepada Islam,
hentikan cerita-cerita yang memburuk-burukkan beliau r.a. yang
sebenarnya adalah tidak berasas dan berniat jahat. Dan sebarkan salah
satu prinsip asas dalam Islam iaitu sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.
ialah orang-orang yang adil dan ‘keadilan’ mereka adalah berdasarkan
kepada al-Quran itu sendiri.
Wallahu’alam.
Label:
Siri Pemurnian Sejarah
|
0
komen
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- slash
- Makna Kebahgiaan. Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya. Yusuf al-Qardawi
Facebook Badge
Makluman!!
Assalamualaikum..artikel-artikel di dalam blog ini bukan hasil tulisan saya semuanya. Ini adalah hasil koleksi saya dari buku, laman web orang lain, surat khabar dan sebagainya. Anda bebas untuk mengambil mana-mana artikel yang diperlukan. Terima Kasih.