Sunday, May 6, 2012
Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala (part 2 )
7:14 AM |
Di sediakan oleh
slash |
Edit Post
Beliau juga berkata kepada Syiah:
"Binasalah
kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan perang dendammu dari
sarung-sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang ada di
antara kamu dengan kami? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul
Bait tanpa sebarang sebab? " (Ibid).
Akhirnya beliau mendoakan keburukan untuk golongan Syiah yang sedang berhadapan untuk bertempur dengan beliau:
"Ya
Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan selerakkanlah mereka.
Jadikanlah hati-hati pemerintah terus membenci mereka kerana mereka
menjemput kami dengan maksud membela kami tetapi sekarang mereka
menghunuskan pedang dendam terhadap kami ". (Ibid)
Beliau
juga dirakamkan telah mendoakan keburukan untuk mereka dengan
kata-katanya: "Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia
dan di akhirat……..Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul
pedang-pedang di atas tubuhmu dan mukamu akan menumpahkan darah kamu
sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak
akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan
untukmu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh
orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya". (Mulla Baqir
Majlisi-Jilaau Al'Uyun, m.s. 409).
Daripada kata-kata Sayyidina Husain yang dipaparkan oleh sejarawan Syiah sendiri, Mulla Baqir Majlisi, dapat disimpulkan bahawa:
(i)
Diayah yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam menerusi penulisan
sejarah bahawa pembunuhan Ahlul Bait di Karbala merupakan balas dendam
dari Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait yang telah membunuh
pemimpin-pemimpin Bani Umayyah yang kafir di dalam peperangan Badar,
Uhud, Siffin dan lain-lain tidak lebih daripada propaganda kosong
semata-mata kerana pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain dan Ahlul Bait di
Karbala bukannya datang dari Syam, bukan juga dari kalangan Bani Umayyah
tetapi dari kalangan Syiah Kufah.
(ii)
Keadaan Syiah yang sentiasa diburu dan dihukum oleh kerajaan-kerajaan
Islam di sepanjang sejarah membuktikan termakbulnya doa Sayyidina Husain
di medan Karbala ke atas Syiah.
(iii)
Upacara menyeksa tubuh badan dengan memukul tubuhnya dengan rantai,
pisau dan pedang pada 10 Muharram dalam bentuk perkabungan yang
dilakukan oleh golongan Syiah itu sehingga mengalir darah juga merupakan
bukti diterimanya doa Sayyidina Husain dan upacara ini dengan jelas
dapat dilihat hingga sekarang di dalam masyarakat Syiah.
Adapun
di kalangan Ahlus Sunnah tidak pernah wujud upacara yang seperti ini
dan dengan itu jelas menunjukkan bahawa merekalah golongan yang
bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain.
(iv)
Betapa kejam dan kerasnya hati golongan ini dapat dilihat pada tindakan
mereka menyembelih dan membunuh Sayyidina Husain bersama dengan sekian
ramai ahli keluarganya walaupun setelah mendengar ucapan dan doa
keburukan untuk mereka yang dipinta oleh beliau. Itulah dia golongan
yang buta mata hatinya dan telah hilang kewarasan pemikirannya kerana
sebaik saja mereka selesai membunuh, mereka melepaskan kuda Zuljanah
yang ditunggangi Sayyidina Husain sambil memukul-mukul tubuh untuk
menyatakan penyesalan. Dan inilah dia upacara perkabungan pertama
terhadap kematian Sayyidina Husain yang pernah dilakukan di atas muka
bumi ini sejauh pengetahuan sejarah. Dan hari ini tidakkah anak cucu
golongan ini meneruskan upacara perkabungan ini setiap kali tibanya 10
Muharram?
Ali
Zainal Abidin anak Sayyidina Husain yang turut serta di dalam rombongan
ke Kufah dan terus hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata
kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan
mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis, dalam keadaan sakit
beliau dengan suara yang lemah berkata kepada mereka, " Mereka ini
menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain
mereka ?" (At Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).
Pada
halaman berikutnya Thabarsi menukilkan kata-kata Imam Ali Zainal Abidin
kepada orang-orang Kufah. Kata beliau, " Wahai manusia (orang-orang
Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu,
ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada
ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu
telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu
membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk
yang telah kamu dahulukan untuk dirimu".
Sayyidatina
Zainab, saudara perempuan Sayyidina Husain yang terus hidup selepas
peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk golongan Syiah Kufah.
Katanya, " Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu
menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana
kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu.
Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian
dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah
berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami padahal kamu
sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi
Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli
keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak
akan hilang walau dibasuh dengan air apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms
424).
Doa anak Sayyidatina Fatimah ini tetap menjadi kenyataan dan berlaku di kalangan Syiah hingga ke hari ini.
Ummu
Kulthum anak Sayyidatina Fatimah pula berkata sambil menangis di atas
segedupnya, " Wahai orang-oang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu.
Buruklah hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain
kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya
dan menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke
atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu".
Beliau
juga berkata, " Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari
kalangan kamu membunuh kami sementara orang-orang perempuan pula
menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari
kiamat nanti". (Ibid, ms 426-428)
Sementara
Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain pula berkata, " Kamu telah
membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian telah membunuh
datukku Ali (Sayyidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari
hujung-hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya.
Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan berterusan
menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat
perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-pedang di
dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang
pedih ".
Apa
yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah bt. Husain ini dapat dilihat
dengan mata kepala kita sendiri di mana-mana Syiah berada.
Dua
bukti utama yang telah kita kemukakan tadi, sebenarnya sudah mencukupi
untuk kita memutuskan siapakah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain di
Karbala. Daripada keterangan dalam kedua-dua bukti yang lalu dapat kita
simpulkan beberapa perkara :
1. Orang-orang yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk memberontak adalah Syiah.
2. Orang-orang yang tampil untuk bertempur dengan rombongan Sayyidina Husain di Karbala itu juga Syiah.
3. Sayyidina
Husain dan orang-orang yang ikut serta di dalam rombongannya terdiri
daripada saudara- saudara perempuannya dan anak-anaknya menyaksikan
bahwa Syiahlah yang telah membunuh mereka.
4. Golongan
Syiah Kufah sendiri mengakui merekalah yang membunuh di samping
menyatakan penyesalan mereka dengan meratap dan berkabung kerana
kematian orang-orang yang dibunuh oleh mereka.
Mahkamah
di dunia ini menerima keempat-empat perkara yang tersebut tadi sebagai
bukti yang kukuh dan jelas menunjukkan siapakah pembunuh sebenar di
dalam sesuatu kes pembunuhan, iaitu bila pembunuh dan yang terbunuh
berada di suatu tempat, ada orang menyaksikan ketika mana pembunuhan itu
dilakukan. Orang yang terbunuh sendiri menyaksikan tentang pembunuhnya
dan kemuncaknya ialah pengakuan pembunuh itu sendiri. Jika keempat-empat
perkara ini sudah terbukti dengan jelas dan diterima oleh semua
mahkamah sebagai kes pembunuhan yang cukup bukti-buktinya, maka
bagaimana mungkin diragui lagi tentang pembunuh- pembunuh Sayyidina
Husain itu ?
II. BUKTI-BUKTI SOKONGAN
Walaubagaimanapun
kita akan mengemukakan lagi beberapa bukti sokongan supaya lebih
menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh
Sayyidina Husain. Di antaranya ialah :
1.
Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai pembunuh Sayyidina Husain
apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap terhadap Sayyidina
Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap mereka yang
biadap terhadap orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai Imam
selepas Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang
menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa
orang Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam-
imam itu dengan menyebar luaskan propaganda- propaganda mereka terhadap
tertuduh itu.
Di
antara kebiadapan mereka terhadap Sayyidina Ali ialah mereka menuduh
Sayyidina Ali berdusta dan mereka pernah mengancam untuk membunuh
Sayyidina Ali. Bahkan Ibnu Muljim yang kemudiannya membunuh Sayyidina
Ali itu juga mendapat latihan serta didikan untuk menentang Sayyidina
Utsman di Mesir dan berpura-pura mengasihi Sayyidina Ali. Dia pernah
berkhidmat sebagai pengawal Sayyidina Ali selama beberapa tahun di
Madinah dan Kufah.
Di
dalam Jilaau Al' Uyun disebutkan bahawa Abdul Rahman Ibn Muljim adalah
salah seorang daripada kumpulan yang terhormat yang telah dikirimkan
oleh Muhammad bin Abu Bakr dari Mesir. Dia juga telah berbai'ah dengan
memegang tangan Sayyidina Ali dan dia juga berkata kepada Sayyidina
Hasan, " Bahawa aku telah berjanji dengan Tuhan untuk membunuh bapamu
dan sekarang aku menunaikannya. Sekarang wahai Hasan jika engkau mahu
membunuhku, bunuhlah. Tetapi kalau engkau maafkan aku, aku akan pergi
membunuh Muawiyah pula supaya engkau terselamat daripada kejahatannya".
(Jilaau Al U'yun, ms 218)
Insya'Allah bersambung lagi di bahagian terakhir...
Label:
Siri Pemurnian Sejarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- slash
- Makna Kebahgiaan. Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya. Yusuf al-Qardawi
Facebook Badge
Makluman!!
Assalamualaikum..artikel-artikel di dalam blog ini bukan hasil tulisan saya semuanya. Ini adalah hasil koleksi saya dari buku, laman web orang lain, surat khabar dan sebagainya. Anda bebas untuk mengambil mana-mana artikel yang diperlukan. Terima Kasih.
0 komen:
Post a Comment